fbpx
Now Reading
Tak Setuju Kekasih Pulang Ke Indonesia, Lelaki Warga Asing Tikam Teman Wanita

Tak Setuju Kekasih Pulang Ke Indonesia, Lelaki Warga Asing Tikam Teman Wanita

Menurut KPD Jempol, mangsa yang mengalami kecederaan di muka, bahu dan perut akibat ditikam itu telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk rawatan lanjut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka, hasrat seorang wanita warga asing yang ingin pulang ke kampung halamannya di Indonesia telah bertukar menjadi tragedi selepas dia ditikam oleh teman lelakinya.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 3.30 petang semalam (26 September) di Taman ACBE, Negeri Sembilan itu, mangsa mengalami kecederaan yang parah.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, wanita terbabit yang berusia 40 tahun ditikam dengan sebilah pisau oleh teman lelakinya warga Myanmar beretnik Rohingya.

Tikam kerana tak setuju kekasih ingin pula ke Indonesia

Menurut Hoo, suspek yang berusia 38 tahun bertindak menikam mangsa selepas wanita itu memberitahu dia hendak pulang ke Indonesia.

“Tidak bersetuju dengan hasrat mangsa, suspek bertindak memukul mangsa sebelum menikamnya.

“Suspek kemudian melarikan diri dengan menunggang motosikal SM Sport 110R,” katanya dipetik Harian Metro.

Menurutnya lagi, mangsa yang mengalami kecederaan di muka, bahu dan perut itu telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk rawatan lanjut.

Polis giat buru suspek

Jelasnya, polis giat memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Jempol di talian 064582222 atau pegawai penyiasat Inspektor Ardie Robert ditalian 018-4666374,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.