fbpx
Now Reading
Tidak Dapat Terima Cinta Hanya Bertahan 3 Bulan, Lelaki Ceroboh & Rosakkan Rumah Keluarga Bekas Kekasih

Tidak Dapat Terima Cinta Hanya Bertahan 3 Bulan, Lelaki Ceroboh & Rosakkan Rumah Keluarga Bekas Kekasih

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, akibat daripada tindakan suspek, kediaman keluarga mangsa rosak dan mengalami kerugian sebanyak RM20,000.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi kebanyakan individu, putus cinta sememangnya detik yang amat memeritkan. Ada yang dapat menerima dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Namun, ada segelintir yang tidak dapat menerima hakikat itu hingga sanggup bertindak di luar kawalan.

Ceroboh & Rosakkan Kediaman Keluarga Kekasih

Hanya kerana cinta bertahan selama tiga bulan dan tidak mahu diteruskan oleh kekasih, seorang lelaki berusia 31 tahun bertindak di luar batas apabila dia menceroboh dan merosakkan kediaman keluarga bekas teman wanitanya itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengahari pada 18 September lalu di kediaman mangsa yang terletak di Taman Melawati, Ampang, Selangor.

Ketika kejadian, mangsa yang berusia 24 tahun berada di bilik rumahnya terdengar bunyi balingan batu pada tingkap bilik.

“Mangsa turun ke tangga untuk membuat pemeriksaan di dalam rumah dan telah melihat seorang lelaki yang dikenali iaitu bekas teman lelaki pengadu berada di kawasan rumah,” katanya.

Pecah Pintu Kaca Guna Dumbel

 Tambah Mohd Azam, suspek kemudiannya bertindak memecahkan pintu kaca di belakang rumah mangsa yang terletak di kawasan ruang tamu sambil menjerit nama wanita itu.

“Pengadu (mangsa) telah melarikan diri masuk ke dalam bilik dan menyembunyikan diri dalam di dalam tandas bilik sambil menghubungi 911,” jelasnya.

Pada masa yang sama, suspek cuba memecahkan pintu bilik mangsa dengan menendang dan menggunakan besi dumbel namun tidak berjaya.

Ekoran daripada itu, suspek telah menyelinap masuk melalui balkoni dan memecahkan tingkap bilik mangsa sambil memberi ugutan ‘kau keluar sekarang aku nak hentam kau, jika tidak aku akan cuba masuk bilik kau’.

Walau bagaimanapun, dia kemudiannya beredar dari rumah keluarga bekas teman wanitanya itu.

Akibat daripada tindakan suspek, kediaman keluarga mangsa rosak dan mengalami kerugian sebanyak RM20,000.

Suspek Berjaya Ditangkap, Ada 13 Rekod Jenayah

Jelas Mohd Azam, hasil siasatan mendapati motif kejadian berlaku kerana mangsa enggan meneruskan hubungan percintaan dengan suspek. Hubungan mereka hanya terjalin selama tiga bulan sahaja.

Suspek yang merupakan warga tempatan dan seorang penganggur bagaimanapun berjaya ditahan dan ditangkap oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada 25 September jam 5.50 petang di Petaling Jaya.

“Semakan mendapati suspek mempunyai 13 rekod jenayah lampau yang tidak dikehendaki dan satu rekod masih dikehendaki (wanted),” jelasnya.

Kes Disiasat Dibawah Seksyen 427, Seksyen 448 & Seksyen 506 Kanun Keseksaan

Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula 26 hingga 29 September 2024.

“Kes disiasat bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat, Seksyen 448 Kanun Keseksaan iaitu menceroboh dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan, membuat ugutan jenayah.

“Seksyen 427 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan penjara tidak melebihi lima tahun atau dengan denda.

“Seksyen 448 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum dengan penjara hingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

“Seksyen 506 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan penjara hingga tujuh tahun atau denda,” katanya.

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH AMPANG JAYA (26 SEPTEMBER 2024) – TANGKAPAN SEORANG LELAKI TERLIBAT KES CEROBOH, KHIANAT DAN UGUTAN JENAYAH

Posted by Polis Daerah Ampang Jaya Page on Thursday 26 September 2024

Baca Artikel Berkaitan: Berpunca Dari Hutang, Penjawat Awam Didakwa Ugut Bunuh Bekas Kekasih Guna Samurai

Baca Artikel Berkaitan: Gadis Trauma Diganggu Lelaki Sejak Setahun Lalu Kerana Cinta Tidak Berbalas

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.