fbpx
Now Reading
“Harimau Kami Tidak Kurus” – Zoo Negara Nafi Dakwaan Haiwan Tidak Terurus & Tiada Tenaga

“Harimau Kami Tidak Kurus” – Zoo Negara Nafi Dakwaan Haiwan Tidak Terurus & Tiada Tenaga

Menurut Timbalan Presiden Zoo Negara, Datuk Rosly @ Rahmat Ahmat Lana, kesemua haiwan berkenaan dijaga dengan rapi dan mengikut prosedur kesihatan yang ketat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Zoo Negara merupakan antara salah satu lokasi yang sering menjadi pilihan pelancong baik warga tempatan mahupun luar negara.

Namun, baru-baru ini tular luahan seorang pengunjung yang meluahkan rasa kecewa apabila melihat keadaan haiwan di sana.

Dia yang juga influencer meluahkan rasa kecewanya apabila melihat suasana dan keadaan haiwan disitu setelah 30 tahun tidak berkunjung ke Zoo Negara.

Dakwa pempengaruh berkenaan, dia sedih melihat keadaan haiwan yang seakan tidak bertenaga dan tidak terurus.

Malah, dia turut merasa kecewa dengan pengurusan zoo berkenaan apabila melihat ada haiwan yang tidak dijaga dengan baik.

Melalui video yang tular, dia turut mencadangkan agar pihak sepatutnya melakukan sesuatu bagi menjaga dan memelihara haiwan berkenaan.

Zoo Negara Jelas Kesemua Haiwan Dijaga & Dipantau Dengan Baik

Terbaharu, Zoo Negara menafikan dakwaan yang tular berhubung haiwan di lokasi terbabit tidak dijaga dengan baik, kurus serta kurang bermaya seperti yang tular di media sosial.

Menurut Timbalan Presiden Zoo Negara, Datuk Rosly @ Rahmat Ahmat Lana, kesemua haiwan berkenaan dijaga dengan rapi dan mengikut prosedur kesihatan yang ketat.

Ia termasuklah pemantauan daripada pakar veterinar dan kakitangan terlatih.

“Itu tidak benar sama sekali. Pengunjung boleh datang sendiri untuk melihat keadaan haiwan kami seperti harimau.

“Harimau kami tidak kurus. Haiwan di Zoo Negara tidak seperti haiwan peliharaan di rumah, mereka ada catuan makanan dan kami menjaga kesihatan dengan teliti,” katanya yang dipetik Kosmo.

Haiwan Tidak Boleh Dibiarkan Gemuk

Jelas Rosly, Zoo Negara sentiasa memastikan haiwan yang dipelihara tidak dibiarkan gemuk kerana keadaan tersebut boleh memberi kesan negatif terhadap Kesihatan mereka.

“Haiwan di sini ada jadual dan catuan makanan ditetapkan ke­rana jika melebihi berat ideal, ia mengganggu kesihatan.

“Semua haiwan di Zoo Negara menerima penjagaan daripada pasukan ve­terinar yang berdedikasi. Jika ada haiwan tidak sihat, ia akan dipantau dan dijaga setiap hari,” ujarnya.

Baca Artikel Berkaitan: Oyen Digelar ‘The Star of Zoo Negara’, Kehadiran Pengunjung Melonjak 2 Kali Ganda

Baca Artikel Berkaitan: Zoo Negara Tawar Promosi Istimewa Buat Pasangan Baru Berkahwin [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.