Influencer TikTok Buat Aksi ‘Drift’ Ditahan & Direman 2 Hari
Dalam Op Khas Samseng Jalanan itu, polis turut menyita sebuah kereta milik influencer tersebut serta 14 lagi motosikal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kelmarin (28 September), seorang influencer TikTok telah ditahan dalam Op Khas Samseng Jalanan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Susulan itu, lelaki terbabit yang juga usahawan muda terkenal dari negeri berkenaan telah direman selama dua hari oleh Mahkamah Majistret Bayan Lepas pada pagi semalam (29 September).
Majistret M Yegeshweriy yang membenarkan perintah reman itu dikeluarkan terhadap pempengaruh terbabit.
14 lelaki lain turut ditahan reman
Selain lelaki itu, perintah reman sama juga dikeluarkan terhadap 14 lelaki lain yang turut ditahan dalam operasi berkenaan.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal mengesahkan tentang penahanan kumpulan lelaki terbabit.
Difahamkan, kesemua mereka yang berusia 12 hingga 25 tahun itu ditahan kerana menunggang motosikal dan memandu kereta secara melulu.
Influencer TikTok ditahan ketika buat aksi ‘drift’
Malah, influencer berkenaan yang mempunyai 1.5 juta pengikut di TikTok juga ditahan polis ketika sedang melakukan aksi ‘drift’.
Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis turut menyita 14 motosikal serta sebuah kereta di lokasi kejadian.
Op Khas Samseng Jalanan libatkan 53 pegawai dan anggota polis
Difahamkan, Op Khas Samseng Jalanan itu membabitkan 53 pegawai dan anggota polis termasuk dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman.
Dalam operasi itu, pihak polis juga telah mengeluarkan sebanyak 159 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.