fbpx

Isu Jalan Berlubang Hampir Setahun Di Klang, KSU KKR Turun Padang

Menurut Azmizam, Azman telah berkunjung ke kawasan jalan berlubang sekitar jam 3 petang semalam (30 September).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular di media sosial apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri telah memuat naik sebuah video meluahkan kekesalannya apabila masalah jalan berlubang di Jambatan Selat menghala ke Bandar Suleiman belum diselesaikan.

Malah beliau meminta agar pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menyelesaikan isu yang hampir setahun dihadapi oleh penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

Bukan hanya itu, beliau turut memaklumkan jalan berlubang di kawasan itu juga telah menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Buatlah Kerja!”- Adun Pelabuhan Klang Mengamuk, Masalah Jalan Berlubang Hampir 1 Tahun Tak Selesai [Video]

KSU KKR tampil turun padang lihat keadaan jalan berlubang

Terbaharu, video yang dimuat naik di TikTok Azmizam sehingga menjadi tular telah mendapat perhatian Kementerian Kerja Raya (KKR).

Perkara itu diketahui selepas Azmizam berkongsi satu video yang dimuat naik di akaun rasminya memaklumkan Ketua Setiusaha KKR, Datuk Seri Azman Ibrahim telah berkunjung ke lokasi jalan berlubang di Junction 8 selepas Jambatan Kurau.

Menerusi hantaran tersebut, Azmizam memaklumkan Azman telah datang melawat di kawasan jalan berlubang terbabit sekitar jam 3 petang, pada 30 September bersama denggannya dan beberapa pegawai JKR.

@azmizam_zaman_huri

Terima kasih kepada YBhg. Dato’ Seri Azman Bin Ibrahim, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kerja Raya (KKR) kerana respon kepada aduan saya semalam dan menghubungi saya melalui telefon dan hadir ke lokasi tapak aduan pada jam 3.00pm bersama-sama dengan saya sambil dihadiri juga oleh Pegawai-pegawai JKR. Beliau telah memberikan arahan kepada Ketua Pengarah JKR Malaysia, Dato’ Ir. Roslan bin Ismail (tidak dapat hadir semasa lawatan tapak kerana ada mesyuarat lain) dan semua pegawai JKR yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan segera isu ini. Kita lihat hasilnya nanti ya… I ❤️ PORT KLANG @anwaribrahimofficial #northport #portklang #pelabuhanklang #2024 #bandarsultansulaiman #kitaselangor #malaysiamadani🇲🇾🇲🇾🇲🇾 #jambatanselat #jambatankurau #westport #kkr #kementeriankerjaraya #jkr #jkrselangor #jkrmalaysia #jkrklang #portklangproblem

♬ original sound – Azmizam Zaman Huri – Azmizam Zaman Huri

Kerja pembaikan sementara akan dilakukan

Tinjauan itu turut dimuat naik oleh KKR di Facebook rasminya serta menjelaskan masalah yang dihadapi jalan berkenaan.

“Antara masalah yang ada ialah jalan raya di Junction 8 rosak di bahagian pavemen dan slab konkrit serta air bertakung selepas Jambatan Kurau.

“Pihak kontraktor akan melaksanankan kerja pembaikan sementara menggunakan hot mix di kawasan pavemen dan kerja konkrit di kawasan junction 8 seperti skop kontrak.

“KSU KKR turut menggesa agar pihak berwajib melaksanakan kerja-kerja pembaikan di kawasan junction 8 dengan kadar segera,” jelasnya.

Sementara itu, Azmizam turut meluahkan penghargaannya kepada Azman atas tindakan segera yang dilakukan selepas video mengenai jalan berlubang itu tular.

“Beliau (Azman) telah memberikan arahan kepada Ketua Pengarah JKR Datuk Ir. Roslan bin Ismail (tidak dapat hadir semasa lawatan tapak kerana mempunyai mesyuarat) dan semua pengawai JKR yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan segera isu ini,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.