fbpx
Now Reading
Lelaki Bergaduh Dengan Penjaga Tol Gara-gara Gagal Lepasi Palang [Video]

Lelaki Bergaduh Dengan Penjaga Tol Gara-gara Gagal Lepasi Palang [Video]

Menurut polis Johor Bahru Utara, Lelaki terbabit tidak berpuas hati kerana tidak dapat melepasi palang di Plaza Tol Perling, Johor Bharu disebabkan kad TnG melalui kad pengenalan tidak dapat digunakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki yang dilihat sedang bergaduh dengan penjaga tol.

Menerusi video dashcam yang tular di X, kelihatan seorang lelaki telah datang ke tempat penjaga tol dan bertekak sebelum bertumbuk.

Pergaduhan di antara lelaki tersebut dengan penjaga tol itu berlaku untuk tempoh beberapa minit sehingga terpaksa ditenangkan oleh orang awam yang kebetulan berada di tol berkenaan.

Lelaki bertumbuk dengan penjaga tol kerana tak puas hati

Terbaharu, polis memaklumkan insiden lelaki bertumbuk dengan penjaga tol di Plaza Tol Perling, Johor Bahru berlaku disebabkan rasa tidak puas hati.

Lelaki itu dikatakan tidak berpuas hati ekoran ‘Touch n’ Go’ (TnG) yang digunakan dalam kad pengenalannya tidak boleh digunakan, dan perkara itu secara tidak langsung menyebabkan dia tidak dapat melepasi palang tol berkenaan.

Tak puas hati, baki TnG mencukupi tapi tak boleh digunakan untuk melepasi palang tol

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Valveer Singh Mahindar Singh laporan berhubung kes tersebut telah dibuat oleh dua orang lelaki warga tempatan yang berusia dalam lingkungan 30-an pada jam 10.11 pagi, semalam (30 September).

“Siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 1.15 petang kelmarin (29 September) di Plaza Tol Perling menghala ke Iskandar Puteri.

“Seorang lelaki tempatan berumur 35 tahun mendekati penjaga tol kerana tidak puas hati apabila TnG melalui kad pengenalannya tidak dapat digunakan, walaupun terdapat baki wang mencukupi untuk melepasi palang tol.

“Perselisihan faham berlaku antara penjaga tol dengan lelaki itu hingga membawa kepada pergelutan antara mereka.

“Orang ramai yang berada di lokasi kejadian membantu meleraikan pergaduhan itu yang menyebabkan kedua-dua lelaki terbabit mengalami kecederaan ringan di bahagian badan dan muka,” ujarnya, dipetik Berita Harian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh gempar. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.