fbpx

Tindakan Tegas Buat Peniaga Sewa Khemah Di Pantai Awam – Exco N9

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri, J. Arul Kumar, dia telah mengarahkan MPPD untuk merampas khemah haram yang dilarang dipasang di kawasan bukan persendirian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai suasana pantai Teluk Kemang, Port Dickson yang dipenuhi dengan khemah berwarna biru.

Difahamkan, khemah berkenaan dimiliki oleh individu yang menjalankan perniagaan sewa khemah khusus buat pengunjung pantai itu.

Video yang dimuat naik oleh seorang pengunjung nyata menjadi perhatian pengguna media sosial kerana dilihat mencacatkan pemandangan dan boleh mencemarkan imej Teluk Kemang sebagai destinasi pelancongan.

Tidak hanya itu, ada pengguna yang mendakwa mereka pernah dihalau oleh peniaga sewa khemah berkenaan hanya kerana membentang tikar di kawasan terbabit.

Oleh yang demikian, ramai yang menggesa agar pihak berwajib mengambil tindakan terhadap golongan peniaga yang mengambil kesempatan itu.

Baca Artikel Berkaitan: “Teluk Khemah Ke Teluk Kemang Ni?” – Ramai Persoal Kewujudan Khemah Di Tepi Pantai [Video]

PBT Akan Rampas Khemah

Terbaharu, Kerajaan Negeri Sembilan akan bertindak lebih tegas terhadap peniaga yang masih berdegil membuat perkhidmatan sewa khemah di sepanjang pantai Port Dickson.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri, J. Arul Kumar, dia telah mengarahkan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) untuk merampas khemah haram yang dilarang dipasang di kawasan bukan persendirian.

Jelas Arul Kumar, pihaknya sebelum ini pernah melakukan sitaan namun ada pengusaha lain yang menceroboh lokasi berkenaan.

“Sudah tiba masa agar tiada tolak ansur kerana dibimbangi boleh memberi imej negatif kepada sektor pelancongan Port Dickson.

“Pasang khemah itu sendiri memang tidak dibenarkan undang-undang tempatan di pantai awam kerana ia adalah tanah kerajaan untuk rakyat bebas buat aktiviti rekreasi,” katanya yang dipetik daripada Utusan Malaysia.

Pasang Khemah Hanya Dibenarkan Atas Permintaan Pelawat

Mengulas lanjut mengenai isu yang sedang tular itu, Arul Kumar menjelaskan konsep khemah tersebut pada asalnya hanya boleh dipasang atas permintaan pengunjung yang mahu berteduh daripada sinaran matahari.

“Walau bagaimanapun, ia bertukar menjadi bisnes pula dan saya difahamkan ada orang awam dipaksa menyewa khemah yang sudah didirikan awal di tempat tertentu,” jelasnya.

Terdahulu, MPPD pernah melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Sewaan Khemah yang dipasang tanpa penyewa di sekitar Pantai Teluk Kemang pada 15 Februari lalu.

Dalam operasi tersebut, MPPD telah menyita tiga unit khemah bersaiz 10 x 10 yang telah dipasang tanpa penyewa.

OPERASI PENGUATKUASAAN SEWAAN KHEMAH DI PANTAI TELUK KEMANG Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Port Dickson…

Posted by Majlis Perbandaran Port Dickson on Wednesday 14 February 2024

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.