fbpx
Now Reading
Hotel Di Kelantan Kekal Waktu Check-in Antara 2 & 3 Petang, Check-out 12 Tengah Hari

Hotel Di Kelantan Kekal Waktu Check-in Antara 2 & 3 Petang, Check-out 12 Tengah Hari

Menurut Setiausaha Kehormat MAH, Muhammad Azrin Zainal Abidin, peraturan itu membabitkan 19 hotel di Kelantan yang berdaftar di bawah persatuan berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai tindakan segelintir pihak hotel yang menetapkan waktu daftar masuk (check-in) bermula 4 petang dan keluar (check-out) seawal 11 pagi.

Perkara itu mencetuskan topik hangat dalam kalangan pengguna media sosial dengan rata-rata mereka meluahkan rasa tidak adil bagi pelanggan kerana tempoh penginapan agak singkat.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia (MyBHA), Dr Sri Ganesh Michiel menyatakan pemilik hotel atau inap desa bebas menentukan waktu daftar masuk dan keluar mengikut kesesuaian serta kemampuan masing-masing.

Baca Artikel Berkaitan: “Check-In 4 PM, Check-Out Pukul 11 AM”- Ramai Tak Puas Hati Waktu Daftar Masuk & Keluar Segelintir Hotel

Hotel di Kelantan kekalkan waktu daftar masuk antara 2 dan 3 petang – SH

Terbaharu, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kelantan pula bertindak sebaliknya dengan mengekalkan waktu daftar masuk untuk tetamu seperti sebelum ini iaitu antara 2 dan 3 petang.

Setiausaha Kehormat MAH, Muhammad Azrin Zainal Abidin berkata, peraturan itu membabitkan 19 hotel di Kelantan yang berdaftar di bawah persatuan berkenaan.

“Untuk 19 hotel yang berdaftar dengan MAH Kelantan, waktu daftar masuk hotel masih kekal sebagaimana sebelum ini antara 2 dan 3 petang.

Waktu daftar keluar kekal 12 tengah hari

“Manakala untuk daftar keluar juga kekal 12 tengah hari dan setakat ini, kita tidak ‘naikkan’ masa daftar masuk kepada 4 petang sebagaimana yang tular sebelum ini.

“Untuk masa sekarang, kita tidak tetapkan untuk memaksimumkan keuntungan tetapi mahu memastikan bilik dibersihkan dan disediakan dengan betul untuk tetamu seterusnya,” katanya dipetik Harian Metro.

MOTAC lakukan pemantauan di hotel, faham kebimbangan orang awam

Terdahulu, MOTAC menerusi satu kenyataan di akaun X rasminya menjelaskan mereka memahami kebimbangan yang disuarakan oleh orang awam dan pelancong.

Susulan itu, pihak MOTAC telah melakukan pemantauan dan meminta hotel yang terlibat memberi penjelasan berhubung isu tersebut.

MOTAC turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa membaca dan memahami terma serta syarat yang ditetapkan oleh pihak hotel sebelum membuat tempahan.

Baca Artikel Berkaitan: Pemilik Hotel Atau Inap Desa Bebas Tetapkan Waktu ‘Check In’ – Presiden Persatuan Hotel Bajet

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.