fbpx
Now Reading
“Saya Hanya Penuhi Jemputan Sekolah” – Ini Respon Ahli Parlimen Pulai Selepas Dikritik Rasmi Besi Penutup Longkang

“Saya Hanya Penuhi Jemputan Sekolah” – Ini Respon Ahli Parlimen Pulai Selepas Dikritik Rasmi Besi Penutup Longkang

Suhaizan Kayat menyifatkan kritikan pembangkang yang mempersendakan gambar tersebut adalah tidak wajar serta tidak memahami konteks sebenar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Ahad (29 September) lalu, Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kayat telah hadir ke sebuah sekolah rendah di Taman Perling, Johor Bahru bagi menyampaikan sumbangan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, kelihatan dia sedang memotong reben pada penutup longkang.

Hantaran tersebut nyata menjadi perhatian ramai hingga mengundang kritikan daripada Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU, Che GuBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin yang secara sinis menyifatkan Suhaizan bersungguh merasmikan penutup longkang.

“Tahniah Suhaizan Kaiat, Ahli Parlimen Pulai dari Amanah, Pakatan Harapan (PH) yang bersungguh merasmikan besi penutup longkang.

“Aksi ini nampaknya mampu memintas aksi MP rasmi pintu lif, MP rasmi kepala paip dan lain lain,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Tahniah Suhaizan Kayat Ahli Parlimen Pulai dari parti Amanah – PH yang bersungguh merasmikan besi penutup longkang….

Posted by Che GuBard on Tuesday 1 October 2024

Hanya Penuhi Jemputan Sekolah

Terbaharu, Suhaizan menegaskan gambarnya yang tular di media sosial merasmikan besi pentup longkang sebuah sekolah rendah itu tidak seharusnya dijadikan sebagai bahan politik atau dipersendakan.

Dia menyifatkan kritikan pembangkang yang mempersendakan gambar tersebut adalah tidak wajar serta tidak memahami konteks sebenar.

Menurut Suhaizan, dia memenuhi jemputan sekolah kebangsaan di kawasan Pulai yang mengundangnya bagi meninjau Projek Mesra Rakyat (PMR) yang disalurkan menerusi peruntukan Pejabat Ahli Parlimen Pulai.

Sekolah Mohon Bantuan, Banyak kes Pelajar Jatuh Longkang

Jelasnya, sekolah kebangsaan berkenaan telah memohon bantuan ekoran daripada sekolah tersebut tidak mempunyai besi penutup longkang hingga menyebabkan ramai murid terjatuh sekali gus membahayakan keselamatan mereka.

“Berikutan isu keselamatan murid sekolah, penutup longkang bagi semua empat blok sekolah berkenaan dibekalkan menerusi bantuan peruntukan PMR dari Pejabat Parlimen Pulai.

“Sekolah berkenaan kemudian mengundang saya meninjau bantuan besi penutup longkang yang sudah dibekalkan.

“Perasmian (penutup longkang) itu adalah permintaan pihak sekolah yang ingin mengucapkan terima kasih atas bantuan projek PMR dan tanda mereka menghargai bantuan yang disalurkan.

“Saya hadir bagi memenuhi permintaan sekolah apatah lagi sebagai tetamu adalah tidak molek menghampakan harapan sekolah yang bersusah payah menyusun program berkenaan,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Terima kasih kepada warga Sekolah Rendah Taman Perling yang menyambut baik kehadiran kami. Sumbangan bagi tujuan…

Posted by Suhaizan Kayat on Tuesday 1 October 2024
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.