fbpx
Now Reading
Syarat Perlu Log Masuk MyJPJ Guna MyDigital ID Dibatalkan – Loke

Syarat Perlu Log Masuk MyJPJ Guna MyDigital ID Dibatalkan – Loke

Menurut Menteri MOT itu, pihaknya telah mengarahkan supaya pesanan ‘pop-up’ memaparkan syarat yang memerlukan pengguna melog masuk ke dalam MyJPJ menggunakan MyDigital ID itu diturunkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini kecoh di media sosial luahan orang ramai yang kecewa selepas aplikasi MyJPJ mengeluarkan pemberitahuan secara ‘pop-up’ bahawa penggunanya perlu melog masuk menggunakan MyDigital bermula 10 Oktober.

Rata-rata pengguna media sosial mengkritik keputusan tersebut selepas ramai mendakwa sukar untuk membuat pendaftaran di MyDigital ID.

Malah harus diakui arahan itu menyusahkan memandangkan ramai pengguna jalan raya yang menggunakan aplikasi itu untuk pelbagai urusan termasuk memperbaharui serta menyemak lesen memandu dan cukai jalan mereka secara digital.

Baca artikel berkaitan: Pengguna Perlukan MyDigital ID Untuk Log Masuk Aplikasi MyJPJ Bermula 10 Oktober

Baca artikel berkaitan:Lagi Berapa Hari Je” – Orang Ramai Kesal Diwajibkan Miliki MyDigital ID Sebelum 10 Oktober

Terbaharu Kementerian Pengangkutan (MOT) dilaporkan telah membatalkan syarat yang memerlukan pengguna melog masuk ke dalam MyJPJ menggunakan MyDigital ID.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook syarat log masuk itu telah digugurkan dan pihaknya telah mengarahkan supaya pesanan ‘pop-up’ mengenai arahan log masuk itu diturunkan serta merta hari ini, lapor Berita Harian.

“Orang ramai tidak perlu ada kebimbangan bahawa selepas 10 Oktober ini tidak boleh pakai MyJPJ. Itu tidak wujud. MyJPJ boleh terus diakses dengan mudah dengan cepat.”

Pengguna boleh log masuk seperti biasa, arahan bukan daripada MOT atau JPJ

Jelasnya, pengguna aplikasi MyJPJ boleh mendaftar masuk aplikasi berkenaan seperti biasa dan arahan pada pop-up yang muncul itu bukanlah pengumuman rasmi daripada MOT atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Maklumat yang disalurkan melalui ‘pop-up’ MyJPJ telah memberikan maklumat yang mungkin mengelirukan orang ramai.

“Saya lihat dalam banyak komen media (sosial) yang bimbang dan memberikan maklum balas berkenaan (maklumat tersebut),

Tambah Loke lagi, meskipun MOT menyokong penggunaan MyDigital ID namun proses pengintegrasian dengan aplikasi MyJPJ perlu dibuat secara ‘back-end’.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.