fbpx
Now Reading
12 Anggota PDRM Ditahan Di Pusat Hiburan & Positif Dadah Digantung Kerja – KPN

12 Anggota PDRM Ditahan Di Pusat Hiburan & Positif Dadah Digantung Kerja – KPN

12 anggota polis itu disahkan positif dadah menerusi satu serbuan di sebuah pusat hiburan sekitar Sungai Petani, Kedah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (2 Oktober), Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggantung 12 pegawai dan anggota polis yang didapati positif dadah menerusi satu serbuan di sebuah pusat hiburan berlokasi di Sungai Petani, Kedah.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, pihak beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota PDRM yang melibatkan diri dalam kegiatan jenayah dan masalah disiplin.

Susulan itu, Polis Kedah telah diarahkan untuk menggantung kerja anggota terbabit dengan kadar segera.

“Selain itu, kita akan ambil tindakan terhadap penyelia mereka mengikut Peraturan 3C Pegawai Awam (Tata Kelakuan dan Disiplin) 1993. Penyelia akan dipindahkan dari jawatan mereka kerana tidak layak mengurus anak buah,” tegas beliau, lapor Kosmo.


KPN Beri Amaran Tegas Kepada PDRM Agar Patuhi Undang-undang

Dalam pada itu, Razarudin memberi peringatan kepada semua anggota PDRM untuk sentiasa menjadi contoh yang baik, berpegang kepada undang-undang negara serta bersikap bertanggungjawab.

“Jadikan ini amaran tegas kepada warga PDRM. Kita diberi amanah untuk menegakkan undang-undang, tetapi itu tidak bermakna anda berada di atas undang-undang.

“Tindakan mengikut undang-undang tetap diambil terhadap anggota yang didapati melakukan kesalahan jenayah. Kami tidak akan berdiam diri dan melindungi ‘epal busuk’ yang boleh mencemarkan pasukan polis,” kata beliau.

Mengulas lanjut, Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad memaklumkan bahawa siasatan lanjut mengenai kes tersebut dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Baca Artikel Berkaitan: “Sebelum Masuk Polis Tiada Masalah” – Ayob Khan Ulas Isu Salah Laku Anggota PDRM


48 Individu Diperiksa Dalam Serbuan Oleh JIPS Bukit Aman

Terdahulu, serbuan Op Noda dilakukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard JIPS Bukit Aman di sebuah premis di Sungai Petani sebaik menerima laporan tentang kejadian.

Dalam serbuan itu, seramai 48 individu telah diperiksa yang mana 31 daripada mereka disahkan positif dadah. Antara yang positif adalah dua pegawai dan 10 anggota polis.

Sebelum ini, Razarudin pernah menyifatkan anggota mahupun pegawai yang terlibat dengan kejadian salah laku hanya akan merosakkan reputasi. Malah ia turut akan membuatkan masyarakat kurang percaya terhadap PDRM.

“Sebagai warga pasukan yang memegang amanah, tindakan tegas perlu diambil oleh segenap lapisan untuk mengelak insiden-insiden sedemikian daripada berulang,” tambah beliau lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Salah Laku Oleh Anggota & Pegawai Ibarat ‘Menconteng Arang’ Ke Muka PDRM – KPN

Baca Artikel Berkaitan: Long Tiger Lolos : 4 Anggota Polis Ditahan Kerja, 3 Pegawai Termasuk OCPD Berdepan Tindakan Tatatertib

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.