“Ini Ke Stall Burger IShowSpeed?” – DBKL Sita Gerai-Gerai Di Bangsar Raih Perhatian Ramai
Melalui tindakan khas ini, DBKL melaksanakan lima kes sitaan gerai di kawasan Bangsar itu mengikut peruntukan Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit Bangunan 1974.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah gerai burger popular di Bangsar yang pernah didatangi YouTuber dan Streamer terkenal, IShowSpeed didakwa disita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Dalam video terbabit, kiosk burger berkenaan tidak lagi kelihatan dan hanya tapaknya sahaja yang tinggal kerana sudah diambil pihak DBKL.
Kejadian yang berlaku pada 2 Oktober lalu di Bangsar itu meraih perhatian ramai sekali gus mengundang persoalan mengapa ia disita.
Baca Artikel Berkaitan: Gerai Burger Viral Pernah Didatangi IShowSpeed Didakwa Telah Disita DBKL [Video]
DBKL sita kerana terima aduan barangan perniagaan dibiarkan di tempat awam
Terbaharu, DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima aduan pada penghujung bulan Ogos lalu mengenai gerai-gerai di sekitar Jalan Bangsar Utama yang meninggalkan barangan perniagaan di tempat awam serta menyebabkan halangan.
Susulan dari aduan itu, pihak DBKL telah membuat siasatan dan mendapati terdapat halangan serta barangan ditinggalkan di lokasi aduan.
Notis penguatkuasaan sudah diberi 3 hari awal tapi peniaga masih ingkar
“Pihak Jabatan Penguatkuasaan DBKL telah mengeluarkan 7 notis penguatkuasaan agar peniaga mengalih, memindah sebarang aktiviti dan mengosongkan tapak dalam tempoh 3 hari dari tarikh notis dikeluarkan.
“Walaupun notis penguatkuasaan telah dikeluarkan, namun peniaga masih ingkar dan masih meletakkan barangan perniagaan mereka di laluan/tempat awam.
“Pada 2 Oktober 2024, operasi khas pindah halangan serta kerusi meja telah dijalankan oleh pihak Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Lembah Pantai,” katanya.
DBKL laksanakan 5 kes sitaan
Melalui tindakan khas ini, DBKL melaksanakan lima kes sitaan di bawah peruntukan Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit Bangunan 1974.
Antara barangan yang disita adalah kanopi, stall stainless steel, kerusi, meja plastik dan lain-lain peralatan.
Kenyataan ini seolah-olah menjawab persoalan orang ramai memandangkan lokasi dan bangunan di sekelilingnya mirip dengan kawasan gerai burger didatangi Speed itu.
“Barangan dan peralatan yang disita, dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya.
“Tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya lagi.
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan DBKL yang menyita barangan-barangan perniagaan terbabit yang dibiarkan di tempat awam sehingga menyebabkan berlaku halangan.
Malah, mereka turut meminta agar pihak DBKL melakukan juga tinjauan di beberapa lokasi lain di Kuala Lumpur yang dipenuhi dengan penjaja jalanan.
Namun, ada juga yang tertanya-tanya adakah gerai ini mempunyai kaitan dengan stall burger Speed itu.
Baca Artikel Berkaitan: Gerai Burger Viral Pernah Didatangi IShowSpeed Didakwa Telah Disita DBKL [Video]