fbpx
Now Reading
Tular Dakwaan Haiwan Di Zoo Negara Tidak Aktif, Ini Respon Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia

Tular Dakwaan Haiwan Di Zoo Negara Tidak Aktif, Ini Respon Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia

Terdahulu, Rosly yang juga merupakan Timbalan Presiden Zoo Negara pernah mengulas berhubung dakwaan yang tular itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai luahan seorang pempengaruh atau influencer mengenai haiwan di Zoo Negara.

Dia meluahkan rasa kecewanya itu selepas melihat suasana dan keadaan haiwan ketika berkunjung bersama anak-anaknya ke lokasi berkenaan.

Dakwa pempengaruh itu, dia sedih melihat haiwan di situ yang seakan tidak bertenaga dan tidak terurus.

Malah, dia turut kecewa dengan pihak pengurusan zoo apabila kebanyakan haiwan dilihat tidak dijaga dengan baik.

Harimau Aktif Waktu Malam, Bergerak Seperti Rutin Seekor Harimau

Terbaharu, Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, Datuk Rosly@Rahmat Ahmat Lana sekali lagi tampil mengulas dakwaan tersebut.

Menurut Rosly, harimau belang yang ada di Zoo Negara kebiasaannya aktif di sebelah malam.

Bagaimanapun, haiwan tersebut masih menjalankan rutin sebagai harimau pada waktu siang.

“Tak akan harimau di sini (Zoo Negara) nak melompat macam orang dewasa kalau ‘happy’ (seronok). Nak yang suka melompat, boleh tengok cimpanzi.

“Kalau anak harimau, ya, mereka akan lebih aktif berbanding harimau dewasa. Maknanya bila semakin dewasa harimau ini sudah matang dan pergerakannya juga tidak lagi seperti anak harimau.

“Kalau kita yang manusia pun tingkah laku akan berubah mengikut usia, sama juga dengan haiwan,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.

Malah, kedua-dua ekor harimau yang diberi nama Squash dan King King berada dalam keadaan sihat dan fizikal yang gagah perkasa di mana anggaran berat bagi harimau belang tersebut adalah sekitar 120 hingga 150 kilogram (kg) seekor.

Pernah Ulas Tentang Dakwaan Tular

Terdahulu, Rosly yang juga merupakan Timbalan Presiden Zoo Negara pernah mengulas berhubung dakwaan yang tular itu.

Jelas Rosly, kesemua haiwan di Zoo Negara dijaga dengan rapi dan mengikut prosedur kesihatan yang ditetapkan termasuklah pemantauan daripada pakar veterinar dan kakitangan terlatih.

Malah, pihaknya sentiasa memastikan haiwan yang dipelihara itu tidak dibiarkan gemuk kerana boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan mereka.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.