
Cuti Hujung Minggu Di Johor Kembali Pada Sabtu & Ahad Mulai 1 Januari 2025
Johor sebelum ini telah menetapkan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti hujung minggu pada 1 Januari 2014.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebanyakan negeri di Malaysia menetapkan cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
Namun, ada negeri yang menetapkan Jumaat dan Sabtu sebagai hari hujung minggu antaranya seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.
Johor Tetapkan Semula Sabtu & Ahad Sebagai Hari Hujung Minggu
Terbaharu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengumumkan cuti hujung minggu negeri berkenaan akan ditetapkan kembali pada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari depan.
Titah Tunku Mahkota Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ, penetapan tersebut dibuat selepas mendapat perkenan daripada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
“Selepas mendapat perkenan dan restu Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, serta mendapat pandangan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), saya ingin mengumumkan bahawa mulai 1 Januari 2025, cuti hujung minggu di negeri Johor akan ditukar kepada hari Sabtu dan Ahad.
“Saya juga menitahkan agar Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Mufti Negeri Johor mengadakan perbincangan dan meneliti perkara ini dari setiap sudut dan aspek,” titahnya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi milik baginda.
Mohon Syarikat Beri Masa Mencukupi Untuk Pekerja Tunai Solat Jumaat
Pada masa yang sama, baginda turut menitahkan agar pihak syarikat memberi masa yang mencukupi untuk pekerja Islam menunaikan solat Jumaat pada waktu yang ditetapkan.
“Saya berharap agar semua syarikat-syarikat swasta, pihak kerajaan serta pihak yang berkaitan akan memberi ruang dan masa yang mencukupi untuk para pekerja Muslim menunaikan Solat Jumaat pada waktunya,” tulisnya lagi.
Untuk info, Johor sebelum ini telah menetapkan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti hujung minggu pada 1 Januari 2014.
Penetapan tersebut dibuat oleh Sultan Ibrahim sebagai penghormatan kepada hari Jumaat selaku penghulu segala hari dan pengiktirafan Agama Islam sebagai agama rasmi Johor.
Selepas mendapat perkenan dan restu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan…
Posted by HRH Crown Prince of Johor on Sunday 6 October 2024