fbpx
Now Reading
Jual Alas Kaki Tertera Imej Kaabah & Masjid, Dua Lelaki Direman 3 Hari

Jual Alas Kaki Tertera Imej Kaabah & Masjid, Dua Lelaki Direman 3 Hari

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 28 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1995.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dua lelaki di Pulau Pinang ditahan reman selama tiga bermula hari ini (7 Oktober) selepas didakwa menjual alas kaki yang mempunyai imej Kaabah dan masjid.

Menurut Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai alas kaki yang didakwa mempunyai imej berbentuk Kaabah dan masjid di sebuah bazar di Pasar Lebuh Cecil, Georgetown semalam (6 Oktober).

Jelas beliau, laporan itu dibuat oleh seorang lelaki tempatan yang mendakwa melihat beberapa alas kaki dengan corak sedemikian dijual kepada orang ramai di bazar berkenaan.

Foto: PDRM via Berita Harian

“Lelaki terbabit membeli alas kaki berkenaan sebelum membuat laporan polis. Susulan itu polis menahan dua lelaki tempatan berusia 26 dan 41 tahun yang juga pekerja dan pemilik kedai jualan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (7 Oktober).

2 lelaki direman tiga hari untuk bantu siasatan

Memetik Berita Harian, perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Georgetown bagi membantu siasatan berhubung penjualan alas kaki terbabit.

Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi membenarkan perintah reman berkenaan dikeluarkan terhadap lelaki yang masing-masing berusia 26 dan 41 tahun itu.

Dalam pada itu, Muhd Alwi berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 28 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1995.

Terdahulu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan mengganggu siasatan.

Pernah tular AEON BiG di Johor jual ‘alas kaki’ tertera gambar Kaabah, rupanya sejadah mini

Sekitar bulan April lalu, tular mengenai dakwaan pasar raya AEON BiG di Kota Tinggi, Johor menjual ‘alas kaki’ yang tertera gambar Kaabah.

Susulan itu, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah bertindak merampas sebanyak 11 ‘alas kaki’ terbabit.

Tidak lama kemudiannya, pihak pasar raya berkenaan tampil menjelaskan salah faham tersebut dan memaklumkan ia merupakan sejadah mini yang dikeluarkan oleh pihak pembekal yang dikenali sebagai A&R Fashion Collection.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, siasatan mengenai isu itu tetap diteruskan meskipun pasar raya berkenaan telah memberi penjelasan.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Sejadah Mini Di AEON BiG: JAINJ Tetap Teruskan Siasatan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.