fbpx
Now Reading
Wanita Palestin Mengamuk Di Wisma Transit Mohon Maaf, Akui Tertekan Tak Dapat Hubungi Anak Di Gaza [Video]

Wanita Palestin Mengamuk Di Wisma Transit Mohon Maaf, Akui Tertekan Tak Dapat Hubungi Anak Di Gaza [Video]

Wanita Palestin terbabit turut mengakui bahawa mereka telah dilayan dengan sangat baik sepanjang berada di negara ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Minggu lalu, tular di media sosial beberapa video kekecohan yang berlaku di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) melibatkan sekumpulan warga Palestin.

Kejadian yang berlaku pada petang 2 Oktober lalu itu didakwa disebabkan ketidakpuasan hati salah seorang wanita yang menginap di sana.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Warga Palestin Mengamuk, Cetus Kekecohan Di Wisma Transit [Video]

Wanita Palestin buat kecoh di WTKL mohon maaf, akui menyesal dengan tindakannya

Terbaharu, seorang wanita Palestin yang terlibat dalam insiden kekecohan di WTKL tampil membuat permohonan maaf.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @tahreergh, wanita yang dikenali sebagai Aminah Muhammad Nafi Jamal Abd Rabah itu turut mengakui menyesal dengan tindakan yang dilakukannya.

Tertekan fikirkan keadaan anak di Gaza

Menurutnya, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaan anaknya yang masih berada di Gaza memandangkan sudah seminggu tidak dapat berkomunikasi dengan mereka.

Malah, dia memaklumkan berdepan dengan kesukaran ekoran dari apa yang terjadi di Gaza, bahkan sudah kehilangan tiga anak yang sudah syahid.

“Saya minta maaf dan sangat menyesal dengan apa yang saya lakukan. Saya bersumpah kepada Tuhan, saya tidak buat dengan sengaja, kami sedang lalui situasi dan keadaan yang sangat sulit yang hanya ALLAH SWT sahaja tahu. Saya seorang ibu kepada tiga syuhada (anak syahid).

“Kamu melayan kami (rakyat Palestin) dengan segala kebaikan, rasa hormat dan penghargaan. Kamu sudah melakukan tugas dengan penuh tanggungjawab, tetapi kamilah yang melakukan kesalahan terhadap anda (rakyat Malaysia),” katanya.

@tahreergh

Dengan segala hormat kepada ATM dan semua pihak yang terlibat dalam kes perempuan Palestin yang menjadi viral 2 hari yang lepas di Wisma Putra Malaysia.. saya nak kongsi video perempuan yang sama tapi kali ni content video dia lain sangat dari video yg viral tu .. Rasulullah SAW bersabda: كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ. Maksud hadis ini adalah: Setiap anak Adam (yakni manusia) pasti melakukan kesalahan, sedangkan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat. Hadis riwayat Al-Tirmizi. Ujian besar buat manusia adalah keupayaan untuk memaafkan orang yang membuat salah kepada beliau .. semoga Allah memberi keupayaan ini kepada kami semua.. Walau menjadi apa2 pon, kami rakyat Palestin tetap sayang Malaysia dan rakyat Malaysia.. ikhlas dari hati tahu 🥹🇲🇾🇵🇸 TahreerGh Gh

♬ original sound – TahreerGh – TahreerGh

Duta Palestin ke Malaysia sahkan wanita berkenaan antara yang cetus kekecohan

Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali kemudiannya mengesahkan bahawa wanita berkenaan sememangnya salah seorang individu yang terlibat dalam pertengkaran dengan pegawai keselamatan di WTKL, lapor Harian Metro.

“Ya, ini adalah wanita itu. Di dalam video ini, dia menyedari kesilapannya dan telah memohon maaf kepada pegawai berkenaan serta kepada Malaysia.

“Dia mengakui bahawa dia berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil pada hari insiden itu berlaku,” kata Walid.

Sebelum ini, Walid memohon maaf kepada rakyat Malaysia berhubung sekumpulan rakyat Palestin yang membuat kekacuan di WTKL itu.

Jelasnya, beberapa pesakit menginap di hospital terlalu lama sehinggakan mereka tidak berpeluang untuk keluar dan disebabkan mereka datang dari Gaza yang dilanda perang, ia menyumbang kepada tekanan emosi.

“Saya minta maaf bagi pihak warga Palestin yang berada di Malaysia dan di tanah air atas kejadian tersebut. Ini bukan budaya, etika atau kepercayaan kami.

“Sebagai rakyat Palestin, kami sangat bersyukur dengan sokongan tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan terhadap perjuangan kami,” katanya dipetik Sinar Harian.

Pasu bunga dan hiasan di lobi utama WTKL pecah angkara kekecohan itu

Terdahulu, dalam video tular tersebut, kelihatan beberapa hiasan di dalam lobi utama WTKL seperti pasu bunga pecah akibat kekecohan yang berlaku itu.

Sekadar info, wanita berkenaan merupakan antra 127 rakyat Palestin yang dibawa ke negara ini untuk mendapatkan rawatan akibat peperangan dengan rejim Zionis.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Warga Palestin Mengamuk, Cetus Kekecohan Di Wisma Transit [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.