
Tahu-tahu Dah Bersih! Jom Kenali ‘Unsung Hero’ Yang Buat Kerja-kerja Merawat Air Sisa Kumbahan
Sejak tahun 1994, hero-hero IWK sudahpun melakukan kerja-kerja ‘kotor’ ini untuk pastikan air sisa kumbahan dirawat dengan betul sebelum dilepaskan semula ke sungai-sungai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jika anda ingat rahsia betapa kotornya dan tercemarnya Sungai Seine ‘terbocor’ ketika Sukan Olimpik Paris apabila ada atlet bertanding yang muntah-muntah serta diserang sakit perut selepas berenang di sana.
Walaupun pihak tertentu sudah cuba bersihkan sungai itu habis-habisan, dan ahli politik Perancis pun berusaha yakinkan semua orang yang air itu dah bersih, masih ramai memiliki sikap skeptikal dan tidak mempercayai sejauh manakah kebenaran itu.
Patutlah para perenang masih sakit sebab rupanya air itu penuh dengan E. coli dan mungkin beberapa kuman lain yang menjijikkan (ew?).
Rawatan ‘Wastewater’ Adalah Perkara Yang Serius.
“Terang lagi bersuluh” – Kejadian seperti itu telah menunjukkan betapa pentingnya merawat sisa air kumbahan dengan betul. Benda terakhir yang kita nak adalah pencemaran alam sekitar dan berlakunya penyakit bawaan air.
Dan di sinilah wira-wira yang tak didendang dari Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd memainkan peranan. Mereka ini sebenarnya merupakan “ninja” pembetungan – senyap-senyap bekerja di belakang tabir untuk pastikan semuanya berjalan lancar.

Untuk pengetahuan umum, sejak tahun 1994, IWK sudahpun mula melakukan kerja-kerja ‘kotor’ (literally) ini. Team mereka akan memastikan kesemua air sisa kumbahan dirawat dengan betul sebelum dilepaskan semula ke sungai.
Sistem pembetungan yang cekap bukan sekadar bagus untuk semua – ia boleh dikatakan ‘wajib’ ada kalau kita ingin memastikan kesemua air sisa kumbahan dirawat dengan betul selepas dilepaskan semula ke sungai.
Terima kasih kepada IWK, kita boleh flush tandas tanpa risau.
Pihak mereka menguruskan hampir 9,000 loji rawatan dan stesen pam rangkaian, 22,000 kilometer paip bawah tanah, yang memberi perkhidmatan kepada sekitar 29 juta rakyat Malaysia! 🫡
Kerja Yang Amat Berat, Tapi Siapa Lagi Nak Buat?

Okay, kalau anda masih tak tahu; ada dua jenis sistem pembetungan di Malaysia iaitu ‘sistem pembetungan bersambung’ dan sistem tradisional.
Bagi sistem pembetungan bersambung, semua sisa kumbahan mengalir melalui paip bawah tanah ke loji rawatan kumbahan. Manakala sistem tradisional iaitu tangki septik, lebih DIY – air kumbahan dan sisa enapcemar disimpan on-site untuk sementara waktu.
IWK bertanggungjawab untuk memastikan kesemua sistem ini berjalan dengan lancar. Dan sejujurnya, kerja dalam industri pembetungan ini bukanlah untuk yang manja-manja. Memang kerja yang tough sangat, ya!
Kita cakap pasal kerja kotor, bahaya, dan susah, atau dalam bahasa mudahnya; “3D.” Dari menguruskan bahan berbahaya sampailah merangkak di ruangan sempit, individu-individu yang terlibat dengan kerja sistem pembetungan ini sememangnya superhero dalam dunia sebenar.
Jadi sekurang-kurangnya kita boleh la bayar bil tepat pada masanya untuk pastikan mereka (dan kita) selamat, kan?!
Anggap Bil IWK Macam Bil Netflix – Tapi Untuk Memastikan Persekitaran Sentiasa Bersih 😉
Bayar bil IWK ini sebenarnya sama seperti membayar langganan Netflix – tapi bukanlah dapat hiburan. Ia bagi memastikan persekitaran bandar, pekan, dan kampung anda selamat untuk semua orang.
Dan disebabkan IWK memang komited untuk memberikan servis yang terbaik, pihak mereka amat menghargai orang ramai untuk melangsaikan bil tepat pada waktunya.
Pendek kata, kalau bil pada bulan itu tersedia – bayarlah terus. Jangan delay!
Untuk info, pada tahun 2023 lebih 90% rakyat Malaysia telahpun menjalankan tanggungjawab mereka dengan membayar bil IWK kerana mereka tahu betapa sukarnya untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar.
Tapi kalau anda mempunyai masalah untuk membayar bil—Jangan risau sebab IWK ada untuk bantu! Mereka turut tawarkan pelan ansuran dan rebat untuk isi rumah yang memerlukan bantuan.
Dari Oktober 2022 hingga Disember 2023, IWK telah memberikan rebat sebanyak RM183,000 kepada golongan kurang berkemampuan di bawah program e-kasih!

Bukan itu sahaja, kalau anda bayar bil secara online guna sistem e-bill, anda boleh menerima rebat RM2. Senang dan paling penting; lebih mesra alam!
Nak tahu lebih lanjut? Boleh KLIK SINI.
Jadi, jangan tunggu lama-lama nak bayar bil sebab jaga alam sekitar ini tanggungjawab bersama. 😊

Siti Murni is a Sponsored Content Writer for BuzzKini. Well, hello to you too! :)