fbpx
Now Reading
“Bukan Tentera Tapi Pelajar & Pensyarah Universiti Dari China” – Fadhlina Sidek

“Bukan Tentera Tapi Pelajar & Pensyarah Universiti Dari China” – Fadhlina Sidek

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, lawatan itu terdiri daripada 165 pelajar termasuk pensyarah bagi program sempena 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada minggu ini, antara isu yang menjadi perhatian ramai adalah kehadiran sekumpulan individu berpakaian uniform berwarna putih dipercayai merupakan tentera laut dari negara China yang dikenali sebagai Chinese People Liberation (PLA).

Keadaan itu telah menimbulkan persoalan ramai namun Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Wong Hon Wai menjelaskan ia merupakan kunjungan silaturahim dua kapal latihan dari China bersama pelajar Naval University of China yang dibuat mengikut saluran rasmi.

Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Residen Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pulau Pinang serta beberapa pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan orang kenamaan.

Walau bagaimanapun, ada pihak termasuk Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Saifuddin Abdullah mempersoal sambutan meriah yang diberi kepada krew kapal tersebut.

Malah, Saifuddin yang juga bekas Menteri Luar meminta penjelasan daripada Kementerian Pertahanan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai perkara itu apatah lagi ada tentera dibawa melawat ke sebuah sekolah.

Baca Artikel Berkaitan: “Mengapa Diberi Sambutan Hangat?” – Saifuddin Persoal Sambutan Luar Biasa Terhadap Krew Kapal Tentera Laut China

Fadhlina Jelas Kunjungan Terdiri Daripada Pelajar & Pensyarah, Bukan Tentera Seperti Didakwa

Terbaharu, KPM menjelaskan dakwaan mengenai kehadiran tentera China ke sebuah sekolah persendirian di Pulau Pinang pada Sabtu (8 Oktober) lalu adalah tidak benar.

Sebaliknya, lawatan tersebut terdiri daripada sekumpulan pelajar dan pensyarah dari Naval University of China.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, lawatan itu terdiri daripada 165 pelajar termasuk pensyarah bagi program sempena 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

Pihak Sekolah Turut Buat Laporan Polis

Jelas Fadhlina, pihaknya memberi perhatian terhadap salah faham yang timbul. Malah, sekolah yang dimaksudkan juga sudah membuat laporan polis bagi mengelakkan fitnah berpanjangan.

“Pertama yang saya ingin betulkan, ia bukan kehadiran tentera (sebaliknya) kehadiran pelajar (dan pensyarah) universiti dan kenyataan (dakwaan kehadiran tentera) ia sama sekali tidak betul sehingga wujud salah faham.

“Di sini, saya juga ingin tegaskan bahawa kehadiran mereka adalah sempena 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kedua ia adalah program pertukaran kebudayaan dan sukan manakala yang ketiga adalah program membabitkan pelajar universiti dan juga sekolah persendirian terbabit yang telah pun mendapat kebenaran daripada semua pihak autoriti,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Terdahulu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini pernah mengumumkan kunjungan 1,000 pelatih tentera laut China datang ke negeri itu menaiki dua buah kapal iaitu Kapal Latihan Qi Jiguang dan Kapal JinggangShan dari Zhanjiang bagi kunjungan silaturahim.

Pasukan tugas ke-83 Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) dan pelatihnya telah dibawa melawat beberapa tempat menarik di negeri berkenaan dan turut berinteraksi dengan masyarakat tempatan ketika sesi kunjungan tersebut.

Namun, kunjungan tersebut mencetuskan kontroversi apabila sebahagian anggota tentera laut China itu telah berkenan menghadiri satu majlis di Sekolah Menengah Chung Ling (Persendirian).

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.