fbpx
Now Reading
Pegawai Kanan Polis Ditahan JIPS Bukit Aman, Dipercayai Bersekedudukan Dengan Wanita Di Cheras

Pegawai Kanan Polis Ditahan JIPS Bukit Aman, Dipercayai Bersekedudukan Dengan Wanita Di Cheras

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad telah mengesahkan tentang penahan pegawai kanan tersebut dan menyatakan siasatan masih dijalankan oleh pihaknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa minggu lalu, kecoh di media sosial laporan berita mengenai seorang anggota polis yang mengadakan parti persendirian di bilik kakitangan Bahagian Pencegah Maksiat, Anti-Perjudian dan Rahsia (D7) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Insiden dilaporkan berlaku pada 28 September lalu sewaktu pegawai dari Jabatan Integriti Shah Alam melakukan pemeriksaan mengejut pada jam 1:30 pagi.

Pemeriksaan mendapati terdapat lima individu termasuk dua lelaki dan tiga wanita sedang berkumpul yang kelihatan seperti satu ‘majlis sosial’.

Baca Artikel Berkaitan: Anggota Polis Didakwa Berparti Dalam Balai Polis Di Shah Alam

Pegawai kanan polis bersekedudukan dengan wanita ditahan JIPS

Terbaharu, seorang pegawai kanan polis pula dilaporkan ditahan oleh Jabatan Integriti dan Pematuan Standard (JIPS), Bukit Aman kerana dipercayai bersekedudukan.

Difahamkan, pegawai itu ditahan ketika bersama seorang wanita yang tidak mempunyai ikatan sah dengan dirinya di sebuah kediaman di Cheras, Kuala Lumpur.

Penahanan anggota polis itu yang bertugas di Perak itu dilakukan cawangan Risikan Operasi JIPS, Bukit Aman pada sekitar 1.40 pagi, kelmarin (9 Oktober).

Pengarah JIPS Bukit Aman sahkan tentang penahanan terbabit, siasatan masih dijalankan

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad telah mengesahkan tentang penahanan tersebut dan menyatakan siasatan masih dijalankan oleh pihaknya.

“Saya sahkan pegawai berkenaan ditahan bersama wanita yang tiada ikatan sah dengan dirinya.

“Tangkapan itu dibuat selepas kita (JIPS) menerima maklumat adanya aktiviti bersekedudukan berlaku membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dipetik Harian Metro.

Kes parti dalam balai, 4 anggota termasuk pegawai polis dipindahkan serta-merta

Terdahulu, tiga anggota dan seorang pegawai berpangkat Inspektor dipindahkan keluar dari Selangor selepas dipercayai turut terbabit dalam penyalahgunaan premis kerajaan dengan menganjurkan parti tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, semua anggota itu dipindahkan secara serta-merta ke Johor dan Kelantan.

Menurutnya, tindakan itu diambil susulan seorang anggota berpangkat Koperal membawa masuk empat orang awam, termasuk tiga wanita dalam premis pejabat mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Parti Dalam Balai: Tiga Anggota & 1 Inspektor Dipindah Ke Johor, Kelantan Serta-merta – Ketua Polis Selangor

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.