fbpx
Now Reading
Pertukaran Cuti Hujung Minggu: “Dipersilakan Pindah Ke Negeri Lain Jika Tak Puas Hati” – Pemangku Sultan Johor

Pertukaran Cuti Hujung Minggu: “Dipersilakan Pindah Ke Negeri Lain Jika Tak Puas Hati” – Pemangku Sultan Johor

Tunku Mahkota Johor dalam kenyataan dikeluarkan di media sosial pelaksanaan cuti mingguan kepada hari Sabtu dan Ahad mengikut kehendak rakyat yang mahu meluangkan masa bersama keluarga dan anak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 6 Oktober lalu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengumumkan Johor akan kembali menjadikan Sabtu dan Ahad sebagai cuti hujung minggu bermula pada 1 Januari tahun hadapan.

Pelaksanaan cuti berkenaan juga telah mendapat perkenan dan restu dari Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta pandangan dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Namun Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim telah menzahirkan rasa kurang setuju dengan penetapan baharu cuti hujung minggu.

Menurut Hassan, cuti mingguan yang ditetapkan pada hari Jummat dan Sabtu sebelum ini bukan hanya cuti biasa namun mempunyai makna dari segi sejarah dan juga budaya negeri tersebut.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: MP Pasir Gudang Tak Setuju Cuti Hujung Minggu Johor Ditukar, Umpama Ikut Penjajah Inggeris

Pertimbangkan kehendak rakyat Johor mahu lebih masa bersama anak dan keluarga

Terbaharu, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) bertitah pertukaran cuti mingguan itu dibuat mengikut kehendak rakyat Johor yang mahu meluangkan masa lebih bersama keluarga serta anak-anak.

“Ada beberapa negeri masih kekal bercuti hari Jumaat dan Sabtu. Dalam mempertimbangkan isu berkaitan kehendak rakyat Johor untuk meluangkan masa bersama keluarga dan anak-anak, kesan ekonomi yang positif adalah seiring dengan pelaksanaan projek pembangunan yang memberi manfaat di negeri Johor.

“Ini seterusnya akan membawa keuntungan kepada negeri dan rakyatnya,” titahnya dalam satu kenyataan rasmi yang dikongsikan dalam media sosial.

Perlaksanaan dibuat selepas dapat perkenan dan restu YDPA serta pandangan JAINJ

Katanya lagi atas izin dan restu dari YDPA Sultan Ibrahim serta pandangan dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) maka baginda membuat keputusan untuk menukar cuti minggu Johor semula pada hari Sabtu dan Ahad.

Malah TMJ memaklumkan mana-mana pihak yang kurang berpuas hati demi agenda tersendiri boleh berpindah ke negeri-negeri yang masih bercuti pada Jumaat dan Sabtu.

“Jika ada pihak yang kurang senang atau tidak berpuas hati demi agenda peribadi, nak melaga-lagakan rakyat atau kepentingan politik, anda dipersilakan pindah ke negeri-negeri yang masih bercuti Jumaat dan Sabtu,” titahnya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.