
Guru Penolong Kanan Disyaki Hantar Gambar Tak Senonoh & Cium Murid Tahun 6 Ditahan Polis
Menurut Ketua Polis Perak, polis menerima laporan daripada ibu mangsa yang berusia 47 tahun pada Jumaat (11 Oktober) lalu selepas anak perempuannya memberitahu dia dipeluk dan dicium oleh guru penolong kanan kokurikulum tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Guru merupakan individu penting dalam mencorak dan membentuk peribadi seorang murid untuk menjadi insan yang berjaya pada masa hadapan.
Oleh sebab itu, ramai yang memandang tinggi dan menghormati insan bergelar guru dek kerana tugas mereka yang mulia itu.
Namun, ada segelintir guru masa kini yang dilihat mencemarkan nama baik dan imej profesion itu sendiri dengan melakukan perbuatan tidak bermoral kepada anak murid sendiri.
Guru Penolong Kanan Kokurikulum Disyaki Lakukan Amang Seksual Kepada Pelajar Tahun 6
Terbaharu, polis menahan seorang guru penolong kanan kokurikulum kerana disyaki melakukan amang seksual dan mencabul anak murid perempuannya yang berusia 12 tahun di sebuah sekolah yang terletak di Ipoh, Perak.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, guru yang berusia 37 tahun itu telah ditahan reman selama enam hari sehingga Khamis (17 Oktober) setelah ditahan pada Sabtu (12 Oktober) lalu kira-kira jam 3 pagi bagi siasatan lanjut.
Terima Laporan Polis Daripada Ibu Mangsa
Jelas Azizi, polis menerima laporan daripada ibu mangsa yang berusia 47 tahun pada Jumaat (11 Oktober) lalu selepas anak perempuannya memberitahu dia dipeluk dan dicium oleh suspek.
Malah, suspek turut menghantar gambar tidak senonoh ke telefon bimbit mangsa.
“Semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah mahupun rekod dadah sebelum ini,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.
Suspek Belum Berkahwin, Didakwa Pernah Lakukan Perbuatan Sama Kepada Mangsa
Tambah Azizi, suspek belum berkahwin dan baru sahaja berkhidmat selama lapan bulan di sekolah berkenaan.
Malah, suspek juga disyaki sebelum ini pernah melakukan perbuatan berkenaan beberapa kali terhadap mangsa yang sama.
“Setakat ini laporan diterima hanya babitkan satu mangsa sahaja dan kita sedang siasat jika ada mangsa lain,” ujarnya.
Jelas Azizi lagi, kes kini disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Terdahulu, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh mengesahkan Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengambil tindakan sewajarnya sebaik sahaja menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.
Penolong Kanan Sudah Dipindahkan Keluar Dari Sekolah
Jelasnya, sebaik sahaja menerima laporan tersebut, penolong kanan yang terbabit dalam kejadian berkenaan telahpun dipindah keluar dari sekolah.
在副校长事件中,现在最重要的是保护案中孩子,就此呼吁大家给予空间。 教育局在接到投报过后,已经采取相关行动,被投报者已经调离校园。对于有些质疑是否被调去其他学校,答案是否定的,绝对没有。孩子的利益是教育部的大前提。 在这个时候,州教育厅正对案件进行调查,以采取进一步行动。同时,警方也同样地正在进行调查工作。
Posted by Wong Kah Woh on Saturday 12 October 2024