Kes Langgar Pelajar UiTM Dungun: Pemandu Wanita Didakwa Membunuh
Tertuduh yang dikenali sebagai Norizan Ismail dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu dan Mahkamah Majistret Dungun.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, negara digemparkan dengan tragedi empat pelajar lelaki dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu dilanggar oleh seorang pemandu wanita.
Dalam insiden yang berlaku di hadapan kampus tersebut pada 9 Oktober lalu itu, tiga daripada pelajar berkenaan maut dan seorang lagi cedera parah.
Terdapat juga dakwaan yang mengatakan bahawa pemandu wanita berkenaan tidak siuman sekali gus menaikkan kemarahan ramai bagaimana dia boleh memandu dalam keadaan sedemikian tanpa pengawasan keluarganya.
Baca Artikel Berkaitan: 3 Pelajar UiTM Dungun Maut, 1 Cedera Parah Dirempuh Wanita Dipercayai Kurang Siuman
Tertuduh berdepan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Terbaharu, pemandu wanita terbabit telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dungun hari ini (15 Oktober) atas pertuduhan membunuh.
Memetik Berita Harian, tertuduh yang dikenali sebagai Norizan Ismail berusia 49 tahun itu berdepan dengan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nur Amira Fatihah Osman.
Mengikut pertuduhan, Norizan didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian:
- Muhammad Akmal Md Tukirin, 25
- Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20
- Khairil Anuar Jamaluddin, 20
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu Jalan Pantai berhadapan UiTM Dungun, jam 7.35 malam pada 9 Oktober lalu.
Tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara dan sebat
Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, dia hendaklah disebat tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai Johor Bharu dan menetapkan 17 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azizan Abdullah dan Nur Azhani Azman manakala tertuduh diwakili peguam, Nur Farahin Shazlin Mohd Redhuan Shah Edwin.
Selain itu, tertuduh yang juga ibu kepada tiga anak itu akan berdepan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.
Suami tertuduh bersukur, ada keluarga mangsa yang memaafkan isterinya
Terdahulu, suami kepada tertuduh, Azhar Ahmad meluahkan rasa syukur apabila ada dalam kalangan keluarga mangsa insiden itu memaafkan isterinya.
Jelas Azhar, dia mengakui dirinya diselubungi rasa bersalah namun menzahirkan rasa syukur dan terima kasih buat keluarga yang telah memaafkan perbuatan dan kesalahan isterinya itu.
Baca Artikel Berkaitan: Nahas UiTM Dungun: Suami Pemandu CR-V Bersyukur Ada Keluarga Mangsa Terima Permohonan Maaf
Baca Artikel Berkaitan: