fbpx
Now Reading
Bekas Ketua Jurulatih Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang Peluk Islam Di Indonesia [Video]

Bekas Ketua Jurulatih Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang Peluk Islam Di Indonesia [Video]

Samir Jacksen Ferreira Tiago yang kini berkhidmat sebagai Pengarah Teknik PSSI Kaltim itu pernah mengendalikan Penang FA pada 2015 sehingga 2016.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isnin lalu (14 Oktober), Bekas ketua jurulatih Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (Penang FA), Jacksen Ferreira Tiago telah memeluk Islam pada usia 56 tahun.

Beliau yang kini menggunakan nama Samir Jacksen Ferreira Tiago itu mengucap dua kalimah syahadah dibimbing Ustaz H Nasikhin di Pondok Pasentren Nabil Husein, Samarinda, Indonesia.

Anak kongsi di IG khabar gembira bapa peluk Islam

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh anak lelakinya, Samir Hugo, 19, yang juga pemain bola sepak profesional di republik itu menerusi akuan Instagram miliknya.

“Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan saya sekarang ayah. Saya menyayangi anda Samir Ferreira Tiago,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Memetik Berita Harian, jurulatih kelahiran Rio De Janeiro, Brazil itu telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya yang juga warga Indonesia beragama Islam, Nadira Bejamal sejak 2004.

Sepanjang mendirikan rumah tangga bersama Nadira, mereka telah dikurniakan dua orang anak lelaki yang juga beragama Islam.

Hidup harmoni bersama keluarga sebelum ini meskipun berbeza agama

Tiago juga dilaporkan pernah berkata sebelum ini bahawa keluarganya hidup dalam keadaan harmoni meskipun berbeza pegangan agama.

Untuk info, bekas pemain bola sepak Brazil yang kini berkhidmat sebagai Pengarah Teknik PSSI Kaltim itu pernah mengendalikan Penang FA pada 2015 sehingga 2016.

Beliau berjaya membawa Penang FA melangkah ke suku akhir Piala FA selepas 13 tahun tewas kepada Pahang.

Pada ketika itu, Penang FA dinobat sebagai Naib Juara Liga Premier 2015 selepas mengharungi musim 2015 yang sungguh dramatik sehingga ke perlawanan terakhir liga.

Penolong Jurulatih Kelantan FC peluk Islam, guna nama Abu Bakar

Terdahulu, Penolong Jurulatih dan Penganalisis Video pasukan Kelantan Football Club (Kelantan FC), Pol Corpas Cuatrecasas juga memeluk Islam pada tahun lalu.

Pol Corpas ‘disyahadahkan’ oleh pemilik kelab TRW Kelantan FC sendiri iaitu Encik Norizam Tukiman di Hotel Zamburger, Kota Warisan, Sepang pada 8 Februari 2023.

Penolong jurulatih yang berasal daripada Sepanyol itu menggunakan nama Islam baharunya iaitu Abu Bakar.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.