fbpx
Now Reading
Kenaikan Harga Barang Antara Punca Pelakon, Syarul Ezani Masih Belum Kahwin

Kenaikan Harga Barang Antara Punca Pelakon, Syarul Ezani Masih Belum Kahwin

Pelakon berusia 35 tahun itu juga lebih selesa tidak menceritakan hal peribadinya terutama soal hati kepada khalayak ramai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, faktor ekonomi atau kewangan diri yang belum kukuh menjadi antara penyebab segelintir individu terutamanya kaum lelaki berasa takut untuk berkahwin.

Manakan tidak, boleh dikatakan setiap perkara yang ingin dilakukan pada zaman ini memerlukan duit.

Tidak kurang juga yang berasa takut jika masalah kewangan akan menjadi punca keretakan rumah tanggannya nanti.

Faktor ekonomi antara punca Syarul Ezani belum kahwin

Bagi pelakon lelaki, Syarul Ezani Mohamed Ezzudeen pula, dia menjelaskan bahawa faktor ekonomi zaman sekarang yang kian menyesakkan menjadi antara punca dirinya masih belum mendirikan rumah tangga.

Pelakon berusia 35 tahun itu juga lebih selesa tidak menceritakan hal peribadinya terutama soal hati kepada khalayak ramai.

“Saya tak pernah berkahwin dan melalui perkara sama seperti orang lain dalam generasi saya yang perlu berdepan kepayahan hidup.

“Kami ada komitmen yang perlu difikirkan, kena berdepan kenaikan harga barang serta bekerja untuk meneruskan hidup, jadi saya ikut falsafah di mana saya pilih tidak menceritakan hal peribadi saya.

“Saya juga sejenis orang yang ‘follow the flow’. Itu adalah saya, di mana saya sangat menjaga privasi selain tidak terbuka untuk berkongsi mengenai itu,” katanya dipetik Kosmo.

Mungkin suatu hari nanti Syarul Ezani akan terbuka untuk kongsi hal peribadinya

Pun begitu, Syarul Ezani tidak menolak sekiranya suatu hari nanti dia akan terbuka untuk berkongsi hal peribadinya.

“Bagi saya, itu adalah pilihan diri masing-masing. Sebagai seorang selebriti, tingkah laku kita diperhatikan orang jadi kita perlu menjadi contoh yang baik kepada orang ramai.

“Tetapi kalau zaman sekarang ini ramai yang memilih untuk berbuat demikian, jadi apa salahnya kalau saya memilih untuk ‘be more private’ (jadi lebih privasi).

“Manusia sifatnya berubah. Mungkin satu hari nanti saya akan terbuka untuk berkongsi mengenai kisah peribadi saya cuma bukan sekarang,” katanya lagi.

Takut terkena penyakit Ain punca Syarul Ezani berahsia soal peribadi

Berkongsi lanjut, pelakon utama drama KAMI The Series itu menyatakan bahawa dia memilih untuk berahsia soal peribadi kerana bimbang akan terkena penyakit ain.

“Pada saya, setiap orang ada kehidupan peribadi, aib dan sebagainya. Kadang-kadang kita tak tahu ada orang dengki dengan kita.

“Bila kita bercerita mungkin ada orang suka dan mungkin ada orang tak suka. Dari situ akan mula datangnya penyakit ain dan sebagainya,” jelasnya.

Sekadar info, Syarul akan membuat kemunculan semula di kaca televisyen selepas hampir 15 tahun berehat dari dunia hiburan.

Dia akan membintangi beberapa drama terbitan TV3 antaranya termasuk drama Kerana Aku Isteri Bidaan, Hatiku Tercarik Luka, Hello Jodoh dan Mentua.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.