fbpx
Now Reading
MBSA Minta Penduduk Selangor Siap Sedia, Jangkaan Air Pasang Besar Esok Hingga Ahad Ini

MBSA Minta Penduduk Selangor Siap Sedia, Jangkaan Air Pasang Besar Esok Hingga Ahad Ini

Menurut Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), sebarang kecemasan yang berlaku di daerah Shah Alam boleh dilaporkan ke Bilik Gerakan PANTAS di talian 03-5510 5811.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak akhir-akhir ini, kawasan sekitar Lembah Klang dilihat menerima taburan hujan yang agak kerap dan berterusan untuk tempoh masa lama sehingga mengakibatkan sesetengah lokasi dinaiki air.

Malah, banjir berlaku di beberapa lokasi di Lembah Klang selepas hujan lebat pada pagi semalam (15 Oktober) selama tiga hingga empat jam secara berterusan.

Lebih membimbangkan lagi apabila beberapa sungai termasuklah berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) menuju ke Ukay Perdana telah melimpah keluar dan memasuki bahagian jalan raya.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Kemas Kini Tentang Banjir Di KL & Tanah Runtuh Di Taman Melawati

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hujan Lebat Sekitar KL, Banyak Kawasan Dinaiki Banjir & Berlaku Tanah Runtuh


Majlis Bandaraya Shah Alam Minta Penduduk Waspada Jangkaan Air Pasang

Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@sacitycouncil), pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengeluarkan satu notis pemberitahuan mengenai air pasang yang dijangka berlaku pada 17 Oktober (Khamis) sehingga 20 Oktober (Ahad).

Susulan itu, MBSA menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya bencana banjir.

Masyarakat turut diminta untuk mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta untuk segera berpindah ke pusat penempatan sementara.

“Berikutan air pasang besar yang dijangka berlaku pada 17 hingga 20 Oktober 2024, penduduk dan pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah persediaan menghadapi banjir,” ujar MBSA dalam kenyataan mereka.

Dijangka paras air di Stesen Pelabuhan Klang akan melebihi para 5.5 meter hingga 5.8 meter dalam tempoh empat hari tersebut.

Sebagai langkah berwaspada, penduduk dan pengguna jalan raya dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan memantau kenaikan air di kawasan kediaman masing-masing.

Dalam sumber ramalan cuaca dikeluarkan oleh AccuWeather, cuaca pada pagi ketika 17 hingga 20 Oktober itu dijangka akan mengalami hujan lebat dan ribut petir manakala pada waktu malam pula akan hujan di beberapa tempat.

Sekiranya berlaku sebarang kecemasan dan memerlukan bantuan segera akibat banjir di Shah Alam, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan PANTAS di talian 03-5510 5811.


Persiapan Yang Boleh Dilakukan Dalam Menghadapi Banjir

Bak kata pepatah, ‘Sediakan payung sebelum hujan’.

Jadi sebagai persediaan menghadapi air pasang yang dijangka berlaku pada hujung minggu ini di sekitar Shah Alam, terdapat beberapa persiapan yang boleh dilakukan.

Antaranya:

  • Cas powerbank sehingga penuh.
  • Menyimpan dokumen penting seperti surat beranak, surat nikah, perjanjian harta dan geran kereta di tempat tinggi dan dalam bekas kalis air (waterproof).
  • Meletakkan alatan elektrik seperti televisyen di kawasan tinggi.
  • Menyimpan segala nombor bantuan kecemasan yang akan digunakan untuk meminta bantuan.
  • Memarkir kereta di kawasan yang lebih selamat.
  • Menyediakan beg kecemasan.

Bagi nombor telefon bantuan di sekitar Selangor, berikut adalah senarai yang dikongsikan oleh Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor. Boleh simpan siap-siap ya!

Sumber: Media Selangor

Semoga kita semua dilindungi dan diselamatkan daripada apa jua bencana yang tidak diingini. Hati-hati ya!

Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Hadapi Banjir? Ini Tips Yang Anda Perlu Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Ini Langkah Keselamatan & Panduan Penjagaan Kenderaan Ketika Musim Banjir

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.