fbpx
Now Reading
Kolaborasi Prada & Axiom Space Perkenal Sut Untuk Angkasawan

Kolaborasi Prada & Axiom Space Perkenal Sut Untuk Angkasawan

Presiden Axiom Space, Matt Ondler berkata, penghasilan sut itu memerlukan kejuruteraan tinggi dan keupayaan pembuatan yang hebat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jenama mewah Itali, Prada dan syarikat angkasa lepas swasta, Axiom Space telah bekerjasama menghasilkan sut angkasawan.

Menurut Axiom Space, angkasawan yang dirancang menjelajah bulan pada September 2026 itu akan memakai sut terbabit.

Kedua-dua syarikat terbabit bertanggungjawab dalam menyediakan sut permukaan dan sistem pejalan kaki bagi Axiom Extravehicular Mobility Unit (AxEMU) spacesuit itu untuk misi Artemis 3 NASA.

Lapisan luar sut direka untuk memantulkan haba

Difahamkan, lapisan luar sut itu yang sebahagiannya besarnya berwarna putih direka untuk memantulkan haba seperti pada sut yang digunakan angkasawan sebelum ini.

Pun begitu, sut baharu ini akan mempunyai beberapa pembaharuan termasuk sentuhan warna kelabu dan beberapa jalur merah sama seperti bot Piala Amerika Luna Rossa Itali yang juga ditaja Prada sebelum ini.

Presiden Axiom Space, Matt Ondler berkata, penghasilan sut itu memerlukan kejuruteraan tinggi dan keupayaan pembuatan yang hebat.

“Mereka akan pergi ke tempat dan persekitaran yang sangat berbahaya. Salah satu misi yang ingin dilakukan NASA ialah cuba mencari kawah air di Kutub Selatan.

“Ini adalah beberapa tempat paling sejuk di alam semesta. Jadi sut ini perlu direka dengan sangat bijak mengikut keadaan di sana,” katanya.

Sut beri keselesaan kepada angkasawan berjalan di bulan sehingga 8 jam

Pengurus program pakaian angkasa Axiom, Russell Ralston pula berkata, sut itu bertujuan memberikan keselesaan maksimum kepada angkasawan sambil melindungi mereka daripada sinaran dan tekanan luaran.

Menurutnya lagi, sut itu juga mampu memberikan kuasa dan oksigen yang diperlukan oleh angkasawan sehingga lapan jam berjalan di bulan.

“Dengan misi yang ditetapkan untuk melihat wanita pertama di bulan, sut itu juga uniseks dan boleh disesuaikan dengan saiz berbeza.

“Kami menggabungkan kejuruteraan, sains dan seni untuk menghasilkan pakaian terbaik untuk memastikan angkasawan dapat melaksanakan tugas dan misi mereka dengan selamat serta selesa,” ujarnya.

Reka bentuk sut jadi cabaran buat Prada

Dalam pada itu, Pengurus Pemasaran Prada dan anak kepada pengasas jenama mewah itu, Miuccia Prada, iaitu Lorenzo Bertelli berkata, reka bentuk sut terbabit adalah satu cabaran khususnya dari segi penebat dan menjadikannya cukup teguh untuk rupa bumi.

“Tetapi material yang digunakan adalah rahsia,” kata Bertelli.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.