Penantian 56 Tahun Berakhir, Mayat Mangsa Nahas Pesawat Pada 1968 Ditemui
Ketika nahas pesawat Tentera Udara India itu berlaku, mangsa yang dikenali sebagai Thomas Cherian baru berusia 22 tahun.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebuah keluarga akhirnya mendapat jawapan selepas menunggu selama 56 tahun apabila mayat seorang ahli keluarga mereka yang maut dalam tragedi pesawat terhempas pada tahun 1968 berjaya ditemui oleh pihak berkuasa.
Menurut Sinar Harian yang memetik BBC, adik mangsa yang dikenali sebagai Thomas menerima panggilan daripada pihak polis daerah Pathanamthitta di Kerela, India Selatan memaklumkan bahawa mayat abangnya, Thomas Cherian telah ditemui.
“Apabila berita ini sampai kepada keluarga, rasa gelisah dan ‘kesesakan’ yang kami alami selama 56 tahun ini hilang begitu saja,” kata Thomas.
Cherian merupakan salah seorang daripada 102 penumpang pesawat Tentera Udara India yang terhempas di kawasan pergunungan Himalaya pada tahun 1968 akibat cuaca buruk.
Mayat pertama nahas pesawat itu ditemui pada 2003
Mayat pertama daripada penumpang pesawat tersebut ditemui pada tahun 2003, dan sepanjang bertahun-tahun pasukan tentera menemui lapan lagi mayat.
Pada tahun 2019 pula, serpihan pesawat tersebut telah berjaya ditemui di kawasan pergunungan berkenaan.
Tragedi pada lima dekad lalu itu kembali mendapat perhatian apabila tentera menemui empat lagi mayat, termasuk Cherian pada baru-baru ini.
Ketika tragedi itu berlaku, Cherian baru berusia 22 tahun dan merupakan anak kedua daripada lima beradik.
Pasukan penyelamat guna teknologi moden untuk kesan serpihan pesawat dan mayat
Pasukan penyelamat dilaporkan menggunakan teknologi moden seperti imej satelit, radar, dan dron untuk mengesan mayat.
Kolonel Lalit Palaria menjelaskan bahawa penggunaan radar telah membantu mereka mengesan objek logam yang tertimbus di bawah salji setebal 20 meter, sekali gus mengenal pasti serpihan pesawat di kawasan tersebut.
Pasukan penyelamat kemudian menggali runtuhan dengan tangan dan berjaya menemui satu mayat, sementara tiga lagi ditarik dari celah-celah glasier.
Pada salah satu mayat, pakaian seragam yang dipakai mempunyai tanda nama ‘Thomas C’, dan di dalam poketnya, pasukan penyelamat menemui dokumen pengenalan diri yang mengesahkan identiti Cherian.
Mortal remains of soldier CFN Thomas Cherian EME Corps (died in 1968) received today with full #Militaryhonours at AF Station, #Shangumugham. Stn Cdrs of #PangodeMilitary Stn & AF Stn, Shankhumukham,Central,State dignitaries & deceased soldier's NOK laid wreath. @giridhararamane pic.twitter.com/H2qjqpUeeI
— PRO Defence Trivandrum (@DefencePROTvm) October 3, 2024