fbpx
Now Reading
Belanjawan 2025: 4.1 Juta Penerima SARA Dapat RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan

Belanjawan 2025: 4.1 Juta Penerima SARA Dapat RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan

Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bermula April 2025 dan boleh dibelanjakan untuk membeli barangan asas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi (18 Oktober) telah membentangkan Belanjawan 2025.

Dalam pembentangan itu, Kerajaan Persekutuan meningkatkan peruntukan sebanyak RM421 Bilion berbanding RM393.8 bilion pada Belanjawan 2024.

Menurut Anwar, kerajaan juga bersetuju meningkatkan peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun hadapan menjadi RM13 bilion berbanding RM10 bilion tahun ini.

4.1 juta penerima SARA dapat RM100 setiap bulan dalam MyKad

Dalam pada itu, tahun hadapan, 4.1 juta penerima STR ketagori isi rumah akan menerima SARA sebanyak RM100 sebulan.

Ini menyaksikan lonjakan drastik jumlah penerima SARA berbanding 700,000 penerima tahun ini.

Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bermula April 2025 dan boleh dibelanjakan untuk membeli barangan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan serta kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.

RM600 untuk penerima STR kategori bujang

Dalam pada itu, penerima STR kategori bujang pula akan menerima RM600, namun tidak dijelaskan sama ada dibayar secara one-off atau berfasa seperti tahun ini.

“Penambahan peruntukan RM3 bilion ini membolehkan kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4,600 ketimbang RM3,700.

“Kita akui dan mendengar rungutan tentang kos sara hidup. Lantaran itu, kita mengambil langkah serta kebijakan ekonomi yang merupakan peningkatan peruntukan dan kadar maksimum bantuan tunai yang tertinggal pernah diberikan kerajaan dalam menangani kos sara hidup,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.