fbpx
Now Reading
Belanjawan 2025: Kadar Bantuan Warga Emas & Kanak-kanak Keluarga Miskin Dinaikkan

Belanjawan 2025: Kadar Bantuan Warga Emas & Kanak-kanak Keluarga Miskin Dinaikkan

Kerajaan meningkatkan peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun hadapan menjadi RM13 bilion

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini (18 Oktober) telah membentangkan Belanjawan 2025.

Dalam pembentangan itu, kerajaan telah meningkatkan peruntukan RM421 Bilion berbanding sebelumnya iaitu sebanyak RM393.8 bilion.

Anwar berkata, kerajaan persekutuan telah meningkatkan peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menjadi RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada Belanjawan 2024.

Peruntukan JKM dinaikkan RM2.9 bilion

Susulan itu, peruntukan bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga ditingkatkan kepada RM2.9 bilion berbanding RM2.4 bilion sebelum ini, sekali gus meningkatkan kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin.

Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 sebulan berbanding RM500 sebulan sebelum ini.

Tidak hanya itu, kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin turut dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 seorang bagi anak berusia 6 tahun dan ke bawah serta RM200 berbanding RM150 seorang bagi anak lingkungan usia 7 hingga 18 tahun.

Menurut Anwar, ia tertakluk kepada kadar maksimum RM1,000 sekeluarga.

Kadar Bantuan Am dinaikkan RM150 berbanding RM100

Bagi Wilayah Persekutuan, Kadar Bantuan Am juga dinaikkan kepada RM150 berbanding RM100 dengan kadar maksimum sekeluarga sebanyak RM500 sebulan.

“Saya menyeru semua Kerajaan Negeri untuk turut menambahbaik Kadar Bantuan Am Negeri,” kata Anwar.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.