PLKN 3.0 Kembali Pada 2025, Kerajaan Sedia Peruntukan RM50 Juta
PDRM dan agensi beruniform lain yang akan turut terlibat dalam menjayakan PLKN 3.0 juga bakal menggunakan prasarana sedia ada dengan kerjasama Akademi Kenegaraan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada hari ini (18 Oktober) telah mengumumkan peruntukan RM50 juta kepada Kementerian Pertahanan bagi pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN).
PDRM dan agensi beruniform lain yang akan turut terlibat dalam menjayakan PLKN 3.0 juga bakal menggunakan prasarana sedia ada dengan kerjasama Akademi Kenegaraan.
Sebagai info, peruntukan ini merupakan sebahagian daripada RM421 bilion yang diperuntukkan oleh Kerajaan MADANI untuk Belanjawan 2025.
Dalam pada masa yang sama, Program Rakan Muda diperuntukkan RM25 juta untuk terus menjadi wadah pembinaan potensi dan identiti belia berjati diri.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini menjelaskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang bakal dilaksanakan pada Jun 2025 akan akan dibahagikan kepada Fasa Pra PLKN dan Fasa PLKN.
Fasa Pra PLKN akan dilaksanakan di sekolah semasa kegiatan kokurikulum melibatkan pelajar tingkatan empat manakala Fasa PLKN pula akan melibatkan remaja berusia 17 tahun dan ke atas.
PLKN 3.0 itu akan menggunakan kaedah baru iaitu dengan menjalani latihan kem tentera Wataniah selama 45 hari melibatkan 4,000 peserta.
Sebanyak 13 kem tentera akan digunakan bagi melatih peserta yang terlibat sebagai langkah untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan selain membolehkan mereka mendapat situasi sebenar ketenteraan dan kepolisan.