Lelaki Ditahan Polis Selepas Tular Rosakkan Lampu Isyarat Guna Parang
Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 2.15 petang semalam (20 Oktober) di persimpangan lampu isyarat dari Kampung Arab, Shell Gate menghala ke Kampung Gelam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semalam (20 Oktober), tular di media sosial video seorang lelaki sedang merosakkan lampu isyarat sebuah persimpangan dipercayai berhampiran Taman Nesa, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Apa yang menjadi perhatian adalah dia dilihat merosakkan lampu isyarat tersebut hingga tercabut ‘cover’ lampu berkenaan dengan melibas menggunakan senjata tajam yang dipercayai sebilah parang.
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 2.15 petang semalam dan dirakam oleh seorang pengguna yang melalui jalan tersebut.
Kenapa pulak tu?🤔 pic.twitter.com/cXWVjmyHv2
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) October 20, 2024
Polis Tahan Lelaki Rosakkan Lampu Isyarat Guna Parang Di Port Dickson Pada Hari Sama
Ekoran daripada video yang tular itu, pihak polis telah berjaya menangkap seorang lelaki berusia 39 tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin, pihaknya telah mengesan video yang berdurasi 33 saat itu menerusi kumpulan Facebook Port Dickson Area pada jam 3.45 petang semalam.
Jelas Maslan, hasil siasatan mendapati insiden terbabit berlaku kira-kira jam 2.15 petang di persimpangan lampu isyarat dari Kampung Arab, Shell Gate menghala ke Kampung Gelam.
“Bertindak atas maklumat, pada pukul 4.45 petang, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson telah membuat tangkapan ke atas suspek di sebuah pondok berdekatan Pantai Seaview Port Dickson.
“Suspek berusia 39 tahun, tidak bekerja dan mempunyai dua rekod lampau kesalahan jenayah. Hasil ujian saringan air kencing suspek didapati negatif,” katanya.
Senjata, Kenderaan & Pakaian Antara Barangan Yang Turut Dirampas
Tambah Maslan, pihak polis turut merampas senjata, kenderaan dan pakaian milik suspek yang digunakan semasa kejadian.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya (ABKLSB) 1958.
“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson untuk proses tahan reman.
“Pihak polis menasihati orang awam supaya tidak memviralkan isu ini yang mana boleh mendatangkan kegusaran terhadap orang lain,” katanya lagi.
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH PORT DICKSON TULAR VIDEO 1 LELAKI TEMPATAN MEROSAKKAN BEBERAPA COVER LAMPU ISYARAT DENGAN MENGGUNAKAN SENJATA PARANG
Posted by Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson on Sunday 20 October 2024
Baca Artikel Berkaitan: Pasangan Warga Emas Cedera Disamun Dengan Parang
Baca Artikel Berkaitan: Remaja Lelaki Amuk Guna Parang Gara-Gara Cinta Tidak Direstui Keluarga