fbpx
Now Reading
Tular Video Dakwa Pegawai MB Kedah Kasari Peniaga Pasar Malam, Polis Buka Kertas Siasatan

Tular Video Dakwa Pegawai MB Kedah Kasari Peniaga Pasar Malam, Polis Buka Kertas Siasatan

Menurut KPD Kota Setar, siasatan pihaknya mendapati kejadian di dalam video tular itu berlaku kira-kira pukul 11.50 malam di sebuah lokasi di daerah itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan kekecohan berlaku melibatkan beberapa individu termasuk seorang lelaki yang didakwa pegawai khas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @emjay_733, pegawai berkenaan didakwa mengasari seorang peniaga pasar malam pada lewat malam Ahad lalu (20 Oktober).

Difahamkan, satu laporan polis telah dibuat oleh peniaga terbabit berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Terima 2 laporan, polis buka kertas siasatan

Terbaharu, pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian membabitkan video tular tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, pihaknya menerima dua laporan polis berhubung kejadian tersebut daripada dua individu berusia 48 dan 54 tahun pada pukul 1.25 pagi serta 10.58 pagi semalam (21 Oktober).

Menurutnya, siasatan pihak polis mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 11.50 malam di sebuah lokasi berdekatan Kota Setar.

Video tular dapati beberapa individu berselisih faham

“Berdasarkan rakaman video tersebut, beberapa individu didapati berselisih faham dengan seorang lelaki yang berada di tempat duduk bahagian pemandu sebuah kereta.

“Polis telah membuka kertas siasatan berdasarkan kedua-dua laporan polis tersebut di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 504 KK serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dipetik Kosmo.

Terdahulu, dalam video tular terbabit, lelaki yang didakwa sebagai pegawai MB Kedah berkenaan menafikan bahawa dia mengasari peniaga terbabit.

@emjay_733

Pewagai Khas MB Kedah mengasari peniaga di Pasar Malam Jalan Pegawai Alor Setar. Laporan Polis telah dibuat oleh peniaga di IPD Kota Setar #malaysiamadani #AfnanHamimi #sanusimdnor #sanusimdnoorpanglimaperang #peniagaMelayuditindas @sanusimdnor74_ @Muhammad Sanusi Md Nor

♬ original sound – Em Jay – Em Jay
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.