fbpx
Now Reading
Kastam Nafi Ketua Pengarahnya ‘Payung’ Sindiket Penyeludupan Kereta Mewah Di Sarawak

Kastam Nafi Ketua Pengarahnya ‘Payung’ Sindiket Penyeludupan Kereta Mewah Di Sarawak

Sindiket itu melibatkan rampasan 10 kenderaan mewah pelbagai jenama dianggarkan bernilai lebih RM8.12 juta oleh JKDM Sarawak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular hantaran di sebuah platform media sosial yang menuduh sindiket penyeludupan kereta mewah di Sarawak dipayungi oleh Ketua Pengarah Kastam (KPK), Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.

Hantaran tersebut mendakwa bahawa sindiket terbabit telah mendapat layanan Istimewa daripada KPK dan kemudiannya akan dilepaskan.

Sindiket itu melibatkan rampasan 10 kenderaan mewah pelbagai jenama dianggarkan bernilai lebih RM8.12 juta oleh JKDM Sarawak.

Foto: Facebook/JKDM

Terbaharu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan ketua pengarahnya itu campur tangan dalam penahanan dan siasatan sindiket terbabit.

Pegawai Penguatkuasaan JKDM ada hak jalankan tugas tanpa campur tangan pihak lain

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Ribuan Abdullah berkata, Bahagian XII Akta Kastam 1967 menjamin hak untuk Pegawai Penguatkuasaan JKDM untuk menjalankan tugas tanpa sebarang campur tangan mana-mana pihak, termasuk di peringkat negeri yang diterajui oleh Pengarah Kastam Negeri.

“Sehubungan dengan itu, JKDM menafikan penglibatan KPK dalam penahanan atau siasatan kenderaan-kenderaan yang disita, kerana perkara ini jelas di bawah bidang tugas Bahagian Penguatkuasaan yang diterajui oleh Pengarah Kastam Negeri Sarawak.

“KDM juga ingin menegaskan bahawa KPK tidak pernah campur tangan dalam urusan atau aktiviti penguatkuasaan dan penahanan kenderaan-kenderaan tersebut,” katanya dipetik Berita Harian.

JKDM buat laporan polis demi jaga nama baik KP Kastam

Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat berhubung dakwaan tersebut bagi menjaga nama baik Anis Rizana dan JKDM.

Mengulas mengenai rampasan itu, Ribuan berkata tindakan penguatkuasaan ke atas kenderaan-kenderaan mewah dan pemilik yang terkait dalam kes tersebut dilakukan mengikut Seksyen 114 Akta Kastam 1967.

Ujarnya, akta tersebut memberi kuasa kepada pegawai kastam untuk menyita apa-apa barang sekiranya terdapat sebab munasabah untuk mengesyaki berlakunya kesalahan di bawah akta tersebut atau peraturan-peraturannya.

“Keputusan untuk meneruskan sesuatu tindakan sama ada pendakwaan atau melepaskan kenderaan kenderaan tersebut, tertakluk kepada kuasa Pendakwa Raya di bawah Seksyen 379 Kanun Acara Jenayah,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.