fbpx
Now Reading
KPT Mahu Universiti Awam Ada Kebebasan Bersuara, Minta Dikecuali Dari Akta 605

KPT Mahu Universiti Awam Ada Kebebasan Bersuara, Minta Dikecuali Dari Akta 605

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, pengecualian itu perlu diberi dengan syarat dalam tradisi keintelektualan dan kesarjanaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketika ini, universiti awam juga terikat dengan Badan-Badan Berkanun (Tatatertin dan Surcaj) 2000 (Akta 605) yang menyebabkan mereka tidak mempunyai kebebasan menyuarakan pandangan.

Tidak dinafikan kebebasan bersuara juga adalah penting untuk membantu keseimbangan antara stabiliti dan perubahan.

KPT minta Akta 605 diteliti semula, kecualikan universiti awam

Terbaharu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meminta agar Akta 605 ini diteliti semula untuk untuk mengecualikan universiti awam daripada tertakluk dengan setiap arahan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ke atas badan berkanun.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, usaha itu untuk memastikan supaya iklim dalam universiti awam tidak terkongkong dalam menyuarakan pandangan mereka.

Menurutnya, di dalam akta tersebut, terdapat 12 institusi yang mendapat pengecualian, jadi sudah sampai masanya universiti awam yang turut dikategorikan sebagai badan berkanun untuk memperoleh pengecualian sama.

“Kita perlu melihat dalam konteks universiti awam supaya tidak terlibat dalam keseluruhan pekeliling secara umum yang diberikan kepada semua pihak dalam kategori badan berkanun.

“Ini antara langkah yang kita sedang lakukan dan ia dianggap antara langkah ke hadapan serta radikal. Saya sedang mencuba untuk melakukan perkara ini bagi membolehkan supaya iklim dalam sebuah universiti tidak terkongkong dengan ketakutan untuk menyampaikan pandangan mereka,” katanya dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata demikian semasa persidangan Dewan Rakyat hari ini (24 Oktober) ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah tentang langkah diambil KPT bagi memastikan insiden seperti arahan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang melarang kakitangannya membuat kenyataan awam tidak berulang semula.

Pengecualian diberi dengan syarat, tak bercakap merapu tanpa fakta

Menurutnya lagi, pengecualian itu perlu diberi dengan syarat dalam tradisi keintelektualan dan kesarjanaan di mana seseorang yang bercakap itu tidak merapu tanpa fakta dan membuat teori yang bukan-bukan.

Jelas Zambry, ketika ini dia telah membuat teguran kepada universiti-universiti awam supaya terlebih dahulu memaklumkan kepada kementerian sekiranya ada kekeliruan atak kekaburan dalam tafsiran yang dikeluarkan di bawah Akta 605.

“Saya sentiasa mengingatkan universiti bahawa mereka mewakili sebuah negara jadi ini yang sangat penting untuk diambil perhatian.

“Lantaran itu juga selepas perkara ini timbul saya telah mengadakan mesyuarat di peringkat tertinggi untuk melihat kenapa kekangan ini berlaku dalam konteks dunia akademik kita, maka (kita sedari) halangan terbesarnya ialah kita ada Akta 605,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.