fbpx
Now Reading
Selepas Kisah Isteri Sakit Tular, KPM Sahkan Cikgu Din Sudah Diberikan Cuti

Selepas Kisah Isteri Sakit Tular, KPM Sahkan Cikgu Din Sudah Diberikan Cuti

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) guru tersebut yang dipercayai merujuk kepada Cikgu Din kini telah diberikan cuti untuk bersama isterinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular mengenai kisah seorang guru, Cikgu Din yang merupakan pendidik di Sarawak yang memohon agar dipindahkan ke Semenanjung Malaysia berikutan isteri menghidap penyakit kanser.

Namun permohonan yang dilakukannya itu masih belum diluluskan disebabkan beberapa alasan. Perkara itu, secara tidak langsung membuatkan Cikgu Din binggung apabila dalam masa sama doktor juga memaklumkan segala rawatan aktif perlu dihentikan disebabkan sel kanser yang semakin merebak.

Cikgu Din sudah diberikan cuti untuk bersama isteri

Terbaharu, kisah mengenai Cikgu Din itu telah mendapat perhatian ramai termasuklah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang melakukan tindakan segera berhubung isu tersebut.

“KPM prihatin mengenai situasi seorang guru yang sedang diuji dengan masalah kesihatan isterinya seperti yang sedang tular di media sosial.

“Tindakan segera untuk memberi bantuan sedang diambil. Guru berkenaan telah diberikan cuti untuk berada bersama-sama dengan isterinya,” tulis KPM dalam satu kenyataan yang dikongsikan di Facebook.

Satu pertemuan akan diadakan untuk berjumpa Cikgu Din

KPM juga akan mengadakan satu pertemuan dengan guru terbabit dalam waktu terdekat untnuk membincangkan mengenai kebajikannya dan perkara-perkara lain yang berbangkit.

“KPM mendoakan kesembuhan isteri guru berkenaan dan akan memastikan kebajikan beliau dan keluarga terpelihara.”

Seorang rakan berkongsi mengenai kisah Cikgu Din, isteri hidap kanser tahap 4

Terdahulu, seorang individu telah menceritakan mengenai perjuangan rakannya yang juga seorang guru cuba untuk memohon agar dipindahkan ke sekolah di Semenanjung Malaysia disebabkan isteri menghidap sakit kanser tahap empat.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Harima Abd Rahman di Facebook, dia memaklumkan rakannya itu dikenali sebagai Cikgu Din dan merupakan rakan di tempat kerja ketika di Sarawak.

“Rezeki anak yang baru lahir barangkali, dia dapat jadi cikgu dan posting pertama dia di Kanowit, Sarawak sebagai cikgu kontrak. Tapi sekarang dah cukup perkhidmatan dan dia dah digazetkan sebagai cikgu tetap.

“Dia datang masa zaman Covid dan bawa sekali anak dan isteri. Isterinya suri rumah. Jadi senanglah. Seterusnya, tengah bahagia jalan pergi Sarikei, Tatau, Kuching, Sri Aman, Miri, Samarahan tiba-tiba isteri dia jatuh tak dapat berjalan.

“Dua tiga kali ulang alik pergi hospital, rupanya isteri dia ada ketumbuhan. Scan lagi sekali rupanya kanser isteri dia dah merebak ke paru-paru. Masa tulah baru tahu isteri dia menghidap kanser tulang rawan tahap empat (Mesencgymal Chondrosarcoma left fumur),” ujarnyanya.

Jalani kimoterapi di Kelantan, Cikgu Din bekerja di Sarawak & terpaksa berulang 2 minggu sekali

Katanya lagi penyakit dihidapi itu berlaku secara tiba-tiba dan dek kerana mempunyai anak masih kecil dan rawatan kanser di Sarawak yang jauh, Cikgu Din telah membawa isterinya menjalani rawatan kimoterapi di Kelantan.

Menurutnya perjalanan dari Kinowit ke Hospital Sibu memakan masa sekitar dua jam. Keputusan menukarkan isteri untuk mendapatan rawatan ke Kelantan juga diambil kerana mempunyai ibu bapa mentua yang dapat memantau keadaan isteri sementara dia berada di Sarawak untuk menjalankan tugas sebagai pendidik.

“Kena kanser ni kau kena kuat mental tu satu hal. Tapi kesan sampingan kimo tu satu hal lain pula. Belum tentu orang boleh hadap. Jadi Cikgu Din buat keputusan ulang alik dari Sarawak balik ke Kota Bharu setiap dua minggu. Semata-mata untuk teman dan bagi semangat dekat isteri dia yang tersayang.

“Duit, masa, dan tenang semua kena korban. Sampaikan kawan saya terpaksa minta cuti tanpa gaji sebab semua cuti dah ambil. Segala pengorbanan yang kawan saya lakukan semata-mata untuk harapan yang lebih baik. Tapi tuhan masih menguji.

“Walaupun selesai satu pusingan kimo, sel kanser pada badan isterinya masih lagi ada. Malah lebih teruk, sel kanser itu makin membesar, dan itulah turning point (titik perubahan) kawan saya.”

Permohonan untuk ditukarkan ke Semenanjung Malaysia belum diluluskan

Menurut Harima lagi, Cikgu Din sudah memohon untuk ditukarkan ke Semenanjung agar lebih mudah dia menemani isterinya namun masih belum diluluskan. Bukan hanya itu, Cikgu Din sudah ke Kuching untuk berjumpa Pengarah Pendidikan, tetapi keputusannya masih sama.

Isu yang berlaku ini turut menyebabkan Cikgu Din berdepan dengan depresi dan terpaksa berulang alik ke hospital untuk merawat masalah kesihatannya.

“Hari ini, isterinya tidak lagi diberikan kimo. Setelah dua kali rawatan kimo diberi keputusan tetap sama. Sel kanser tidak hilang, malah makin membesar. Seterusnya doktor terpaksa memutuskan untuk berhentikan segala rawatan aktif. Sehinggalah doktor memberiisyarat ‘tunggu masa sahaja’,” katanya lagi.

Dalam hantaran itu, Harima turut berkongsi dua surat rasmi dari pihak hospital yang mengesahkan mengenai penyakit dihadapi oleh isteri Cikgu Din.

Hantaran itu juga dibuat bertujuan untuk membantu Cikgu Din agar dia mendapat bantuan sepatutnya dalam menangani masalah dihadapi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.