fbpx
Now Reading
Premis Sorok Minyak Masak Paket Diserbu, KPDN Sahkan Tiada Lesen Jual Barang Kawalan

Premis Sorok Minyak Masak Paket Diserbu, KPDN Sahkan Tiada Lesen Jual Barang Kawalan

Menurut Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam, pihaknya telah bertindak untuk menyita kesemua barang termasuk dokumen berkaitan dan nilai rampasan berjumlah RM630.90.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki mendedahkan terdapat premis menjual barangan runcit di Bandar Tropicana Aman, Telok Panglima Garang, Selangor yang menyorokkan minyak masak paket.

Menerusi video yang tular, kelihatan pekerja kedai berkenaan mengambil minyak masak paket dalam beberapa kotak yang diletakkan di stor premis terbabit sebelum menghantarnya ke kereta.

Tindakan pekerja tersebut menyorok minyak masak berkenaan telah membuatkan perakam berasa berang kerana umum mengetahui minyak paket merupakan salah satu pemberian subsidi yang dimanfaatkan untuk rakyat Malaysia.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: [Video] Pelanggan Berang Dakwa Pekerja Kedai Runcit Sorok Minyak Masak Paket

KPDN serbu kedai runcit tular sorok minyak

Terbaharu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah bertindak membuat serbuan di premis itu pada 21 Oktober lalu.

Tindakan itu dilakukan selepas tular maklumat di media sosial berhubung seorang peniaga yang didakwa menyorokkan bekalan minyak yang dipercayai hanya dijual kepada pelanggan tertentu.

Menurut Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam hasil pemeriksaan awal yang dilakukan mendapati kedai berkenaan menjual barang-barang kawalan antaranya gula, minyak masak, gas petroleum cecair (LPG) serta barangan runcit yang lain.

Selain itu, kedai berkenaan juga didapati tidak memiliki lesen runcit barangan kawalan berjadual yang sah di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122].

“Hasil pemeriksaan pasukan serbuan menemukan 84kg minyak masak peket 1 kilogram (kg), minyak masak botol 2kg (7), LPG 14kg (8), gula putih (24kg) selain beberapa dokumen seperti invois jualan dan belian barang-barang kawalan,” ujarnya.

KPDN sita barangan dan dokumen berkaitan

Ekoran itu pihak penguat kuasa KPDN Selangor telah bertindak menyita kesemua barangan itu serta dokumen yang berkaitan.

Nilai keseluruhan rampasan yang dibuat bernilai RM630.90. Jelas beliau lagi, kertas siasatan turut dibuka mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk mengenal pasti pembekal barang-barang kawalan premis terbabit termasuk rantaian pengedarannya.

“KPDN memberi amaran kepada mana-mana pihak yang berurus niaga dengan barangan kawalan berjadual agar sentiasa mematuhi perundangan yang sedang berkuat kuasa.

“Ini termasuk mendapatkan lesen borong atau runcit barang kawalan berjadual yang sah di bawah Akta 122 serta tidak menyimpan atau menyorok bekalan barangan terbabit,” katanya.

Denda berat menanti jika sabit kesalahan

Mana-mana pihak yang melakukan kesalahan itu boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] dan jika disabitkan boleh didenda sepert:

  • Individu: Didenda tidak melebihi RM1,000,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kedua dan seterusnya denda tidak melebihi RM3,000,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya.
  • Syarikat: Didenda tidak melebihi RM2,000,000. Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, denda tidak melebihi RM5,000,000.

Sementara itu, beliau berkata menerusi statistik penguatkuasaan di bawah pelaksanaan OPS Tiris 3.0 bermula 1 Januari lalu sehingga 23 Oktober sebanyak 386 kes telah direkodkan untuk minyak masak di seluruh negara.

Tambahnya dari jumlah berkenaan, sebanyak 512,109 kilogram minyak masak yang berharga RM2.79 sudah berjaya dirampas.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.