fbpx
Now Reading
Tertekan Kerana Kekasih Tak Balas WhatsApp, Remaja Lelaki Diselamatkan Bomba

Tertekan Kerana Kekasih Tak Balas WhatsApp, Remaja Lelaki Diselamatkan Bomba

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video yang menunjukkan seorang remaja lelaki bertindak memberhentikan motosikal di Jambatan Tendong, Pasir Mas, Kelantan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi kebiasaan, setiap orang yang bercinta pasti akan sentiasa menghubungi pasangan mereka setiap hari khususnya melalui aplikasi WhatsApp.

Pun begitu, ada kalanya mesej yang dihantar tidak segera dibalas oleh pasangan mungkin disebabkan oleh kesibukan atau tiada masa.

Bagi sesetengah orang, keadaan ini dapat diterima kerana mereka memahami situasi yang sedang dihadapi oleh yang tersayang.

Namun, ada juga yang tidak dapat menerima hingga mengambil jalan singkat melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Pernah Tertekan & Lakukan Perkara Sama Kerana Putus Cinta Sebelum Hubungan Bertaut Kembali

Semalam (24 Oktober), seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang dipercayai pernah tertekan sebelum ini sekali lagi diselamatkan di Jambatan Tendong, Pasir Mas, Kelantan.

Sebelum ini, remaja itu sempat diselamatkan oleh pemandu lori yang kebetulan melalui jambatan tersebut kira-kira jam 8.30 pagi pada 25 September lalu.

Remaja Tertekan Selepas Teman Wanita Tak Balas WhatsApp

Namun pada kali ini, remaja berkenaan dipercayai tertekan kerana teman wanitanya tidak membalas kiriman WhatsApp selepas dia menyuarakan hasrat mahu mengikat tali pertunangan.

Difahamkan, hubungan mereka bertaut kembali selepas insiden pertama yang berlaku pada bulan lalu.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong, Azhar Muhamad, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.49 tengahari dan enam anggota telah dikejarkan ke lokasi.

Anggota bomba mendapati terdapat kes cubaan terjun namun remaja lelaki berkenaan sempat diselamatkan oleh orang awam selepas mangsa berada dalam keadaan mencurigakan di Jambatan Tendong.

“Kita mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memujuk mangsa selain menasihatinya agar tidak mengulangi perbuatan sama selepas ini.

“Siasatan mendapati, remaja itu tertekan selepas kekasihnya tidak menjawab kiriman WhatsApp,” katanya yang dipetik dari Kosmo.

Jelas Azhar, sebelum insiden tersebut, remaja berkenaan dipercayai mahu mengikat tali pertunangan dengan teman wanitanya.

Namun, wanita tersebut tidak membalas kiriman WhatsApp yang dihantar oleh remaja lelaki berkenaan.

Video Insiden Tular Di Media Sosial

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video yang menunjukkan seorang remaja lelaki bertindak memberhentikan motosikal di Jambatan Tendong.

Dia kemudiannya dilihat membuka baju dan cuba memanjat tembok yang ada pada jambatan berkenaan.

Bagaimanapun, remaja berkenaan sempat ditahan dan diselamatkan oleh orang awam yang melalui jambatan tersebut.

Foto: X

Talian Bantuan Kesihatan Mental

Sekadar info bersama, sekiranya anda atau sesiapa sahaja yang anda kenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, hubungi nombor-nombor di bawah yang mungkin dapat membantu masalah tersebut:

Malaysian Mental Health Association (MMHA)
+6032780 6803
E-mail: admin@mmha.org.my
Laman web: https://mmha.org.my/

BEFRIENDERS
KL: +6 03 7956 8145 (24 jam),
Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm)
Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight)
E-Mail: sam@befrienders.org.my
Laman web: https://www.befrienders.org.my/

All Women’s Action Society (AWAM) @Telenita
+6 03 7877 0224
E-Mail: awam@awam.org.my
Laman web: https://www.awam.org.my

Baca Artikel Berkaitan: Remaja Perempuan Diselamatkan Lepas Terjun Jambatan Pulau Pinang

Baca Artikel Berkaitan: 1 Daripada 4 Remaja Di Malaysia Alami Kemurungan – Menteri Kesihatan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.