fbpx
Now Reading
10 Juta Isi Rumah Akan Dinilai, Berpotensi Diklasifikasikan Sebagai T15 – Rafizi Ramli

10 Juta Isi Rumah Akan Dinilai, Berpotensi Diklasifikasikan Sebagai T15 – Rafizi Ramli

Menurut Rafizi Ramli, individu yang ditentukan sebagai kumpulan T15 atau berpendapatan tinggi akan dinilai berdasarkan pendapatan boleh belanja bersih (net disposable income) dan lokasi tempat tinggal mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak belakangan ini, hangat diperkatakan mengenai isu kumpulan berpendapatan tinggi atau golongan T15.

Segalanya bermula selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa subsidi akan dikurangkan bagi kumpulan tersebut ketika sesi pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober yang lalu.

Namun, kenyataan Anwar yang juga Menteri Kewangan itu mendapat perhatian ramai memandangkan tiada pengelasan khusus mengenai siapa yang tersenarai di bawah kategori T15 seperti B40, M40 dan T20 yang diguna pakai sebelum ini.

Pengelasan T15 Akan Dimuktamadkan Bulan Hadapan

Terbaharu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menjelaskan kementeriannya dengan kerjasama Kementerian Kewangan (MOF) sedang dalam proses memuktamadkan butiran mengenai kategori kumpulan T15.

Ia sedang dibuat sebelum perkara tersebut dibentangkan kepada Kabinet dalam tempoh sebulan lagi untuk kelulusan.

Jelas Rafizi, tempoh sebulan diperlukan bagi menyediakan kerangka lebih tepat untuk kumpulan berkenaan yang akan ditentukan berdasarkan lokaliti dan bukan definisi nasional seperti dasar terdahulu.

Klasifikasi Ikut Pendapatan Boleh Belanja Bersih & Lokasi Tempat Tinggal

Tambahnya, individu yang ditentukan sebagai kumpulan T15 atau berpendapatan tinggi akan dinilai berdasarkan pendapatan boleh belanja bersih (net disposable income) dan lokasi tempat tinggal mereka.

Malah, Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan menjelaskan penentuan kadar pendapatan boleh belanja bersih perlu mengambil kira Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) mengikut sesuatu lokaliliti dan tidak boleh diselaraskan secara pukul rata.

10 Juta Isi Rumah Akan Dinilai

Tambah Rafizi lagi, dianggarkan seramai 10 juta isi rumah di seluruh negara berpotensi diklasifikasikan sebagai T15 namun penelitian teliti perlu dilakukan berdasarkan pelbagai platform data seperti Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

“Jika kita menggunakan definisi seragam untuk seluruh negara, di situlah ketidakadilan berlaku. Seseorang yang berpendapatan RM15,000 di Kuala Lumpur, yang merupakan kawasan berharga tinggi, mungkin tidak dianggap kaya berbanding seseorang yang berpendapatan RM15,000 di Gua Musang maka penentuan (T15) mungkin berdasarkan lokasi,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Malah, asas bagi definisi T15 juga akan berpandukan kepada pendapatan boleh guna bersih isi rumah termasuk dengan ukuran tanggungan berdasarkan kos asas kehidupan yang layak.

“Ini bermaksud bagi setiap keluarga dengan saiz tertentu, berapakah jumlah minimum yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang layak.

“Kehidupan yang layak tidak hanya ditakrifkan dengan memiliki rumah yang baik serta akses kepada makanan dan minuman, tetapi juga termasuk perbelanjaan untuk aktiviti sosial, hiburan, dan sebagainya dengan kesihatan dijaga dengan baik,” katanya lagi.

Kerajaan Belum Muktamad Kumpulan T15

Sebelum ini, Anwar mengakui kerajaan belum memuktamadkan lagi jumlah tangga pendapatan bagi kumpulan T15 yang akan dikecualikan daripada beberapa subsidi tahun depan.

Malah, beliau turut menafikan tanggapan segelintir pihak yang mentakrifkan T15 adalah isi rumah yang berpendapatan RM12,000 ke atas sama seperti takrifan yang diguna pakai masa ini.

Baca Artikel Berkaitan: Turut Terbeban Dengan Kos Sara Hidup, Individu Bergaji RM11,000 Ke Atas Mohon Tak Diabaikan Kerajaan

Baca Artikel Berkaitan: Gaji RM7,000 Sebulan Dah Tak Layak Dapat Subsidi RON95? Ini Penjelasan Rafizi [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.