fbpx
Now Reading
Kerajaan Tak Benarkan Pencarum Keluarkan Wang Dari Akaun Persaraan Untuk Ibadah Haji

Kerajaan Tak Benarkan Pencarum Keluarkan Wang Dari Akaun Persaraan Untuk Ibadah Haji

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying bagaimanapun berkata, pengeluaran untuk ibadah Haji masih boleh dilakukan melalui Akaun Sejahtera (Akaun 2) KWSP.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai umat Islam, kita pasti mempunyai keinginan untuk menunaikan rukan Islam kelima iaitu ibadah Haji. Namun kekangan wang merupakan antara penghalang untuk kita memenuhi hajat tersebut.

Bagi golongan-golongan yang berkemampuan, menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci merupakan perkara wajib untuk dilakukan.

Mereka yang tidak mempunyai wang tunai yang mencukupi pula mungkin bercadang untuk menggunakan wang simpanan yang ada seperti dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menunaikan ibadah itu.

Kerajaan tak benarkan guna wang dari Akaun Persaraan untuk ibadah Haji

Bagaimanapun, kerajaan tidak membenarkan sebarang pengeluaran daripada Akuan Persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) termasuk bagi tujuan mengerjakan ibadah haji.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, langkah itu bagi memastikan ahli mempunyai sekurang-kurangnya Simpanan Asas sebanyak RM240,000 bagi kelangsungan hidup ketika persaraan.

“KWSP adalah sebuah institusi keselamatan sosial yang diberi mandat oleh kerajaan untuk membantu ahli menyediakan simpanan persaraan demi keperluan dan kesejahteraan hidup pada hari tua,” katanya dipetik Berita Harian.

Foto: Facebook/Lim Hui Ying

Boleh keluarkan wang dari Akaun Sejahtera untuk tunai haji

Menurutnya, bagaimanapun pengeluaran untuk ibadah Haji masih boleh dilakukan melalui Akaun Sejahtera (Akaun 2) yang mula diperkenalkan sejak 2013 bagi ahli beragama Islam di bawah usia 55 tahun dan terpilih untuk mengerjakan ibadah haji oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

“Sejak diperkenalkan, sebanyak 6,070 permohonan pengeluaran haji daripada Akaun Sejahtera diluluskan dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM16.7 juta, bersamaan purata RM2,759 bagi setiap permohonan,” katanya.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Akaun persaraan untuk tujuan simpanan persaraan

Menurutnya lagi, Akaun Persaraan atau Akaun 1 itu bertujuan sebagai simpanan persaraan yang membabitkan 75% daripada keseluruhan caruman.

“Walaupun begitu, ahli turut dibenarkan untuk membuat pengeluaran bagi tujuan lain seperti perumahan, insurans hayat, penyakit kritikal, pendidikan, kesihatan (penyakit kritikal dan kesuburan), serta pengeluaran pada usia 50 tahun melalui Akaun Sejahtera.

“Akaun Fleksibel turut diwujudkan bagi membenarkan ahli membuat pengeluaran bagi apa-apa tujuan pada bila-bila masa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Jerlun (PN), Dr Abdul Ghani Ahmad sama ada kerajaan bercadang untuk mengubah dasar untuk membenarkan pekerja yang belum mencapai usia persaraan mengeluarkan Akaun 1 bagi tujuan mengerjakan haji jika pekerja itu sudah terpilih untuk mengerjakan ibadah itu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.