
Koperal Mengaku Tak Bersalah Curi Enjin RXZ Di Balai Polis
Mengikut pertuduhan, anggota berusia 32 tahun itu didakwa mencuri enjin motosikal Yamaha RXZ milik seorang wanita pada 20 Julai lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Peminat dua roda pasti mengetahui jentera legenda seperti Kawasaki Kips (RR), Yamaha RXZ, 125zr, RD dan sebagainya masih mempunyai harga meskipun telah ditelan zaman.
Mana tidaknya, motosikal-motosikal dua lejang atau lebih dikenali sebagai 2T itu sehingga hari ini masih mempunyai peminatnya yang tersendiri selain komuniti besar.
Maka tidak hairanlah, sekiranya harga motosikal-motosikal ini boleh mencecah hingga puluhan ribu ringgit dan sering menjadi sasaran pencuri yang ingin mengambil alat-alat gantinya untuk dijual.
Baca Artikel Berkaitan: “Yeay Cikna Jackpot” – Wanita Teruja Beli RXZ ‘Unregistered’ RM140,000, Pecah Rekod Termahal [Video]
Anggota polis berbangkat koperal didakwa curi enjin RXZ
Pun begitu, siapa sangka seorang anggota polis juga didakwa telah mencuri enjin sebuah motosikal RXZ pada tiga bulan yang lalu.
Memetik Berita Harian, anggota polis berpangkat koperal itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kemaman, Terengganu semalam (27 Oktober) atas pertuduhan terbabit.
Tertuduh, Koperal Faris Zahim Farizan yang bertugas di Balai Polis Chukai membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.
Dituduh curi enjin RXZ milik seorang wanita di balai polis
Mengikut pertuduhan, anggota berusia 32 tahun itu didakwa mencuri enjin motosikal milik seorang wanita pada 20 Julai lalu.
Kesalahan itu dipercayai dilakukan antara antara jam 12.45 tengah malam hingga 1.15 pagi di tepi bangunan pejabat Pegawai Penyiasat Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman.
Koperal boleh dipenjara tujuh tahun dan denda jika bersalah
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Wan Suhaila kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM800 dengan seorang penjamin selain menetapkan 27 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Kemaman.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhammad Afif Mohd Amir manakala tertuduh diwakili peguam, Masliela Ismail.
Baca Artikel Berkaitan: