fbpx
Now Reading
“Wujud Salah Faham” – Adly Zahari Jelaskan Hanya Pelajar SPM Akan Sertai PLKN 3.0

“Wujud Salah Faham” – Adly Zahari Jelaskan Hanya Pelajar SPM Akan Sertai PLKN 3.0

Menurut Timbalan Menteri Pertahanan , Adly Zahari, sebanyak 1,000 peserta dari pelajar lepasan SPM yang terlibat dengan PLKN 3.0 akan ditempatkan di dua kem latihan bermula awal tahun hadapan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober lalu telah membentangkan Belanjawan 2025 dengan peruntukan sebanyak RM421 Bilion berbanding sebelumnya iaitu RM393.8 bilion.

Dalam pembentangan itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan peruntukan RM50 juta kepada Kementerian Pertahanan bagi pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN).

Pengumuman tentang perkara itu telah meraih perhatian ramai sekali gus menimbulkan desas desus yang mendakwa rakyat Malaysia berusia sehingga 35 tahun juga berkemungkinan akan dipanggil untuk menyertai program itu.

Baca Artikel Berkaitan: PLKN 3.0 Kembali Pada 2025, Kerajaan Sedia Peruntukan RM50 Juta

Hanya pelajar lepasan SPM akan sertai PLKN

Susulan itu, Timbalan Menteri Pertahan, Adly Zahari menjelaskan hanya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan sertai PLKN 3.0 yang dijadualkan bermula pada Januari 2025.

Menurutnya, wujud salah faham dalam kalangan masyarakat berkenaan had umur ditetapkan untuk menyertai PLKN sekali gus menimbulkan keresahan orang ramai berhubung perkara terbabit.

Pelajar lepasan SPM boleh hadir ke PLKN sehingga umur 35 tahun

“Fokus kita tahun hadapan ialah lepasan SPM. Contohnya, lepas SPM tak boleh hadir sebab beberapa kekangan, (maka) dia boleh hadir hingga usia 35 tahun, itu mengikut akta.

“Tetapi, fokus kita ialah pelajar lepasan SPM, saya rasa di situ ada salah faham tentang kaedah pengambilan.

“Memang ada keresahan, mereka kata umur 30 sudah bekerja, tidak timbul isu, kita meletakkan akta tujuannya agar mereka diberi sedikit kelonggaran,” katanya dipetik Berita Harian.

1,000 peserta PLKN akan ditempatkan di 2 kem latihan bermula awal tahun depan

Menurutnya lagi, sebanyak 1,000 peserta yang terlibat dengan PLKN akan ditempatkan di dua kem latihan bermula awal tahun hadapan.

“Dari segi modul pula akan ada penambahbaikan yang kita buat berdasarkan PLKN sebelum ini.

“Bagi kita apa yang penting apabila mereka keluar PLKN, selain ada semangat jati diri, mereka juga mempunyai kemampuan dan keupayaan yang tinggi untuk memastikan mereka berjaya dalam bidang masing-masing,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.