fbpx
Now Reading
“Bukan Tugas Sarawak Bantu Negeri Mundur” – Respon Abang Johari Terhadap Cadangan Tun M [Video]

“Bukan Tugas Sarawak Bantu Negeri Mundur” – Respon Abang Johari Terhadap Cadangan Tun M [Video]

Menurut Premier Sarawak, Abang Johari, tanggungjawab sebenar negeri itu ialah membantu rakyatnya sendiri untuk meningkatkan pendapatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Sarawak yang kini mencapai status berpendapatan tinggi seharusnya membantu negeri yang mundur untuk membangun.

Ujarnya, Malaysia merupakan sebagai sebuah persekutuan dan negeri yang lebih kaya mesti berkongsi kekayaan dengan yang lebih miskin.

Tun Mahathir atau lebih mesra disapa Tun M berkata demikian dalam satu wawancara bersama portal berita FMT.

Bukan tanggungjawab Sarawak bantu negeri miskin

Terbaharu, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang diminta mengulas tentang kenyataan Tun M itu berkata ia bukanlah tanggungjawab Sarawak untuk membantu negeri lain yang miskin.

Menurut Abang Johari, hal ini kerana tanggungjawab itu seharusnya diambil oleh kerajaan pusat.

Jelasnya, tanggungjawab sebenar bumi kenyalang itu ialah membantu rakyatnya sendiri untuk meningkatkan pendapatan.

“Sarawak kaya sebab kita mampu menguruskan ekonomi kita dengan baik, usaha kita belum habis lagi iaitu untuk menaikkan pendapatan isi rumah rakyat, sebab itu kita majukan kawasan luar bandar terlebih dahulu.

“Ada pepatah orang putih berbunyi charity begins at home. Orang kampung kita masih ada banyak masalah, jadi kita tolong orang kampung dululah,” katanya dipetik Malaysia Kini.

Saiz Sarawak jauh lagi besar dari Kedah tapi jumlah peruntukan hampir sama

Dalam pada itu, Abang Johari turut memberikan contoh saiz negeri Kedah hampir sama dengan kawasan Baram, kawasan pedalaman utara Sarawak, namun peruntukan bagi setiap negeri adalah hampir sama.

“Bagaimana anda boleh menyamakan Sarawak dengan Kedah, sedangkan kita lebih besar? Banyak sekolah kami dalam keadaan uzur dan Sarawak terpaksa menggunakan dana sendiri untuk membantunya.

“Oleh itu, saya tidak ingin mengulas lebih lanjut tentang perkara ini (pendapat Mahathir), kerana rakyat kita sendiri masih memerlukan pembangunan,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.