Fahmi Fadzil Minta Khazanah, PNB & FashionValet Perjelas Isu Kerugian RM43.9 Juta Dalam Saham FV
Kerugian Khazanah dan PNB dalam pelaburan Fashion Valet telah mencetuskan pelbagai kandungan di media sosial.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Penjualan saham melibatkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam laman e-dagang fesyen terkemuka, FashionValet (FV) telah mencetuskan kontroversi yang cukup hangat baru-baru ini.
Topik berkenaan menjadi semakin hangat lebih-lebih lagi apabila nilai jualan saham tersebut hanya mengutip RM3.1 juta berbanding pelaburan yang dibuat sebanyak RM47 juta pada tahun 2018.
Jumlah itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa pelaburan itu mengakibatkan kerugian yang amat besar iaitu berjumlah RM43.9 juta.
Baca Artikel Berkaitan: PNB & Khazanah Jual Saham Pelaburan FashionValet RM47 Juta Dengan Nilai RM3.1 Juta – MOF
Kerugian Yang Dialami Buat Ramai Tertanya-tanya
Berita mengenai perkara itu telah menjadikan masyarakat di media sosial mula mempersoalkan bagaimana kerugian itu boleh berlaku melibatkan syarikat yang cukup terkenal.
Malah, wujud juga sesetengah pihak yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan kerugian terbabit kerana pelaburan itu menggunakan dana awam yang melibatkan duit rakyat Malaysia.
Daripada ambik tahu kisah jo dan cik epal gaduh, baik ambik tahu mana pegi duit rakyat hilang kt fashionvalet
— Syahrvin (@geniusfe) October 30, 2024
Persoalkan semua perniagaan Melayu dan Bumiputera mcm FashionValet yang menggunakan dana awam tapi saluran ke laut. Bukan mcm @thelorrydotcom dan @Duriooplus, yg berkembang jauh tapi tak dpt dana bsr dari kerajaan sgt mcm si Vivy, they had to look elsewhere.
— إقرار زاحين | Iqrar Zahin (@iqrarzahin) October 30, 2024
“Terlantar” di hospital tu pd aku maksudnya kau dah terlentang takleh buat apa dah. Ni blh lg jwb soalan wartawan & “bela diri” maknanya blh la buat pembentangan psl fashionvalet ni. Br boleh tau fitnah tak fitnah https://t.co/nOcAcfAa4U
— Delina Meliora (@DelinaMeliora) October 30, 2024
Orang marah owner FashionValet dan Khazanah bukan sebab investment lost sangat sebab itu adat perlaburan
— Fadzli Nasir (@wolfipali) October 30, 2024
Dalam 10 perlaburan, 1/10 berjaya
Tapi orang marah, perlaburan itu dana awam dan lost lepastu owner masih tunjuk hidup kaya raya dan usahawan berjaya jadi contoh
Fahmi Fadzil Minta Khazanah Dan PNB Beri Penjelasan Mengenai Kerugian Dalam Fashion Valet
Memetik laporan Berita Harian, Jurucakap kerajaan MADANI Fahmi Fadzil memaklumkan kerugian pelaburan yang berlaku melibatkan dua syarikat besar ini telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan masyarakat
Jelasnya lagi, perkara ini membuatkan pelbagai kandungan media sosial yang mula wujud melibatkan kontroversi syarikat Fashion Valet.
“Kita memantau isu ini, saya belum mendapat laporan lengkap tentang apa sebenarnya yang berlaku. Sekarang banyak pihak ada macam-macam persoalan berkenaan perkara ini,” ujar Fahmi
Namun, Menteri Komunikasi ini berkata bahawa kedua-dua entiti yang terlibat itu perlu diberi tempoh masa bagi memberi penjelasan terhadap apa yang berlaku selepas isu tersebut kini menjadi perhatian umum.
“Sudah tentu ramai yang bertanya mengenainya kerana ia adalah dana awam. Bagaimanapun untuk berlaku adil kepada semua pihak, baik Khazanah atau FashionValet, kita perlu memberi sedikit masa kepada mereka untuk memberikan penjelasan.
“Saya percaya mereka akan mengeluarkan kenyataan mengenainya dalam masa terdekat demi kepentingan awam,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali Madani 2024 semalam (31 Oktober).
Latar Belakang Fashion Valet
Umum sedia maklum bahawa perniagaan yang diusahakan sejak 14 tahun lalu oleh Datin Vivy Sofinas Yusof bersama suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar sebelum ini telah mendapat dana kewangan dari Khazanah Nasional Berhad yang dimiliki penuh oleh MOF.
Perniagaan ini yang bermula pada tahun 2010 menawarkan pelbagai pilihan pakaian untuk dibeli secara atas talian mahupun di kedai fizikal bertempat di Pavilion Kuala Lumpur dan Bangsar Village II.
Malah, FV turut menjadi salah satu syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia.
Kemudian pada tahun 2022, FV telah mengumumkan tentang penghentian operasi mereka sebagai langkah untuk mewujudkan pengalaman membeli-belah secara atas talian yang lebih bersifat peribadi serta menawarkan ganjaran menarik kepada para pelanggan.
Vivy juga tampil menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat untuk mengubah strategi perniagaan mereka dengan memberi tumpuan penuh kepada jenama utama iaitu dUCk dan LILIT.
Baca Artikel Berkaitan: Vivy Yusof ‘Buka Mulut’ Isu Penutupan Operasi FashionValet