fbpx
Now Reading
Kes Makin Meningkat! PDRM & MCMC Bekerjasama Siasat Kumpulan ‘Sexual Grooming’ Kanak-kanak

Kes Makin Meningkat! PDRM & MCMC Bekerjasama Siasat Kumpulan ‘Sexual Grooming’ Kanak-kanak

Sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengesahkan MCMC ada menerima aduan mengenai kewujudan kumpulan ‘grooming’ kanak-kanak di akaun media sosial.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bekerjasama untuk mendepani kewujudan kumpulan yang menjalankan aktiviti pengantunan seksual (sexual grooming) kanak-kanak di akaun media sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan diambil melalui Unit Siasatan Jenayah Siber (Internet) Terhadap Kanak-Kanak Malaysia (MICAC) Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“D11 JSJ akan mendapatkan maklumat dan bantuan daripada MCMC serta pihak Meta berhubung perkara tersebut.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung perkara tersebut,” katanya dipetik Sinar Harian hari ini (1 November).

MCMC terima aduan wujud kumpulan ‘grooming’ kanak-kanak di media sosial

Sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengesahkan MCMC ada menerima aduan mengenai kewujudan kumpulan ‘grooming’ kanak-kanak di akaun media sosial.

Susulan itu, PDRM telah memulakan siasatan mengenai dakwaan kewujudan kumpulan terbabit selepas pihak polis menerima maklumat daripada MCMC berhubung grup terbabit yang menjalankan aktiviti menerusi hantaran di aplikasi X.

PDRM akan mengenal pasti jenis aktiviti yang sedang berlangsung dalam kumpulan tersebut, manakala MCMC selaku agensi teknikal akan membantu dalam pemeliharaan data dan profil akaun berkenaan.

Bilangan kes kesalahan seksual kanak-kanak meningkat

Sementara itu, bilangan kes kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak yang dilaporkan kepada PDRM meningkat 26.5% iaitu sebanyak 1,567 kes pada 2023 berbanding 1,239 kes pada 2022.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam kenyataan berkata, kesalahan amang seksual secara fizikal pada 2023 merekodkan peningkatan ketara sebanyak 21.1% iaitu 1,389 kes berbanding tahun sebelumnya (1,147 kes).

“Kesalahan amang seksual secara bukan fizikal dan pornografi kanak-kanak masing-masing merekodkan 91 kes dan 67 kes pada 2023,” katanya menerusi statistik Kanak-Kanak Malaysia, 2024 yang diterbitkan hari ini dipetik Kosmo.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.