fbpx
Now Reading
NGO Buat Laporan Polis Selepas Individu Didakwa Hina Agama Islam [Video]

NGO Buat Laporan Polis Selepas Individu Didakwa Hina Agama Islam [Video]

Menerusi video yang dimuat naik oleh lelaki terbabit, kedengaran dia menghina agama Islam dengan kata-kata yang kurang sopan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui Malaysia merupakan salah sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama.

Malah setiap individu perlu menghormati setiap bangsa dan juga agama yang dianuti oleh masyarakat.

Selain itu, kita juga dilarang untuk mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyentuh kepada 3R iaitu agama, bangsa dan raja. Mana-mana individu yang melakukan perkara itu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

NGO buat laporan polis berhubung tindakan lelaki didakwa hina agama Islam dalam sebuah video

Terbaharu sebuah badan bukan kerajaan iaitu Sekreteriat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat telah bertindak membuat laporan polis terhadap seorang lelaki yang didakwa menghina agama Islam menerusi akaun media sosialnya.

Individu itu dipercayai telah menghina agama Islam menerusi satu rakaman video.

Jelas Ketua Biro Politik Sekretariat, Shahbudin Embun, lelaki itu memuat naik video dalam sebuah akaun @TanChongRen berdurasi sekitar satu minit menggunakan aplikasi TikTok.

“Lelaki tersebut membuat rujukan di YouTube berhubung kenyataan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan begitu marah dengan mengeluarkan perkataan menghina Melayu dan Islam.

“Selepas meneliti video itu, saya mendapati ia berunsur menghasut, mengandungi ugutan jenayah, menggunakan perkataan jelik, mengapi-apikan isu agama, kaum dan institusi raja (3R) serta kesalahan di bawah Akta Komunikasi,” ujarnya, dipetik Kosmo.

Harap PDRM dapat lakukan siasatan lanjut secara terperinci berhubung kes

Beliau turut berharap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat melakukan siasatan lanjut secara terperinci berhubung video terbabit untuk keselamatan dan kestabilan politik Malaysia.

Katanya lagi, tindakan tegas juga perlu diambil dengan segera termasuk menurunkan video berkenaan sebelum ia tersebar secara meluas.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.