Penemuan MyKad & Lesen Di Kubu Ukraine, Polis Sahkan Warga Malaysia Jadi Tentera Upahan
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, setakat ini hanya seorang sahaja rakyat Malaysia yang menyertai pasukan ketenteraan Ukraine sebagai tentera upahan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai satu hantaran di laman X yang memaparkan gambar kad pengenalan diri dan lesen memandu seorang lelaki rakyat Malaysia yang didakwa menjadi askar upahan di sebuah kubu Ukraine.
Pemilik akaun yang memuat naik gambar tersebut menjelaskan ia merupakan sebahagian daripada trofi peperangan yang dipamerkan selepas ahli 336th Marine Brigade Rusia menawan kubu berkenaan.
Berdasarkan kepada alamat yang tertera di Mykad dan lesen memandu lelaki itu, dia dipercayai berasal dari negeri Perlis.
Baca Artikel Berkaitan: Polis Sedang Siasat Penemuan MyKad & Lesen Memandu Rakyat Malaysia Di Sebuah Kubu Ukraine
Polis sahkan lelaki itu jadi tentera upahan Ukraine
Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa lelaki itu sememangnya berkhidmat sebagai tentera upahan asing (merceneries) untuk Ukraine.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, perkara itu disahkan pihaknya berdasarkan siasatan yang dijalankan selepas penularan isu berkenaan di media sosial.
Ujar Razarudin, lelaki berusia 20 tahun itu masih lagi hidup dan dilaporkan selamat.
Berada di Ukraine sejak April lalu, jalani latihan ketenteraan
Menurutnya, siasatan juga mendapati lelaki itu telah berada di Ukraine sejak bulan April yang lalu dan menjalani latihan ketenteraan di situ.
“Lelaki itu menyertai perang di Ukraine kerana minat dalam ketenteraan dan menerima gaji antara AS$400 (kira-kira RM1,700) hingga AS$2,700 (kira-kira RM12,000) sebulan mengikut tahap bahaya di medan perang.
“Selain itu, tekanan daripada keluarga turut dipercayai menyebabkan dia sanggup menjauhkan diri daripada keluarga ke negara berkenaan,” katanya dipetik Harian Metro.
Cedera di kaki dan dokumen peribadi tercicir semasa larikan diri dari tentera lawan
Menurutnya lagi, ketika di medan perang, lelaki itu dikatakan tercedera di kaki akibat terkena serpihan dron daripada pasukan tentera lawan.
“Bagaimanapun, dia berjaya melarikan diri namun dokumen peribadi termasuk MyKad dan lesen memandunya tercicir,” katanya.
Jelas Razarudin, setakat ini hanya seorang sahaja rakyat Malaysia yang menyertai pasukan ketenteraan Ukraine.
“Lelaki terbabit memohon menjadi tentera upahan melalui satu laman sesawang dan mengisinya secara dalam talian.
“Malah dia juga memberitahu kepada keluarganya dia enggan pulang ke Malaysia,” katanya lagi.
Berkongsi lanjut, beliau berkata lelaki itu juga memaklumkan turut terdapat individu dari negara lain yang turut menjadi tentera upahan Ukraine.
Baca Artikel Berkaitan: