Ramai Anak Muda Kelantan Datang Ke Golok Setiap Jumaat & Sabtu Untuk Berhibur – Ketua Polis Kelantan
Menurut Ketua Polis Kelantan, perkara itu disampaikan oleh rakan sejawatannya yang berkunjung ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada Ahad (3 November) lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Cuti pada hujung minggu sememangnya sering dinanti-nantikan oleh ramai orang terutamanya bagi mereka yang bekerja.
Bukan sahaja golongan bekerja, tetapi anak muda yang bersekolah juga turut tidak sabar menantikan waktu hujung minggu.
Ini kerana itulah waktu yang sesuai untuk merehatkan diri dan melepaskan segala bebanan setelah hampir seminggu berhempas pulas.
Setiap orang sama ada dewasa atau muda, masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk berehat atau berhibur.
Anak Muda Di Kelantan Cari Keseronokan Di Sempadan, Siap Tunggu Giliran
Namun, pendedahan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengenai rutin kebanyakan anak muda di negeri itu amat mengejutkan.
Jelasnya, ramai anak muda dari negeri serambi mekah itu datang ke Golok, Thailand hingga ada yang terpaksa menunggu ‘syif’ atau giliran untuk memasuki kelab malam pada setiap malam minggu.
Perkara itu disampaikan oleh rakan sejawatannya yang melakukan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada Ahad (3 November) lalu.
Menurut Mohd Yusoff, berdasarkan maklumat tersebut, golongan muda dari negeri tersebut terlalu ramai datang ke Golok khususnya pada malam jumaat dan Sabtu.
“Saya dapat maklumat, orang dari Kelantan perlu tunggu ‘syif’ (giliran) untuk masuk ke kelab atau pub. Perlu tunggu orang keluar dahulu, baru boleh masuk.
“Memang penuh dan terlalu ramai. Hari biasa pun ramai apa lagi hujung minggu. Semua pihak tidak boleh buat apa kerana kerajaan Thailand tidak sekat,” katanya yang dipetik daripada Kosmo.
Ada Yang Berusia Belasan Tahun, Kebanyakan Guna Laluan Haram
Tambah Mohd Yusoff, sekiranya perkara sedemikian berlaku di Malaysia (rakyat asing datang berhibur), pihak berkuasa boleh menangkap mereka mengikut Akta Imigresen.
Namun, sukar untuk menghalang perbuatan rakyat Malaysia khususnya yang datang berhibur di Golok.
“Kebanyakan anak muda yang berkunjung ke negara jiran itu dipercayai menggunakan laluan haram malah ada dalam kalangan mereka baru berusia belasan tahun.
“Mereka ke Thailand pada petang Khamis sebelum pulang semula ke Kelantan pada hari Sabtu,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, golongan yang gemar berhibur di kelab malam turut disyaki meletakkan kenderaan mereka di Rantau Panjang sebelum menyeberangi Sungai Golok untuk datang ke negara tersebut.
Jelasnya, siasatan awal mendapati tidak ramai anak muda yang pergi ke Golok menggunakan laluan yang sah melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) untuk datang berhibur ke Thailand.
Baca Artikel Berkaitan: Kelantan Pernah Jadi Pusat Pelacuran Sehingga Digelar ‘Paris of Malaya’, Ini Kisahnya
Baca Artikel Berkaitan: Kelantan Larang Aktiviti Hiburan & Bunyi-Bunyian Muzik Pada Malam Jumaat – EXCO