Simposium Digital Trust 2024 Bertemakan ‘Memperteguh Kepercayaan dalam Era Digital Negara’
Acara ini juga menandakan pelancaran produk digital terbaharu iaitu Pos Digicert dan eCredentia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pos Digicert, anak syarikat Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia”) dan peneraju dalam penyelesaian identiti digital, dengan telah menganjurkan Simposium Digital Trust 2024 di Connexion Conference & Event Centre, Bangsar South.
Mempercepatkan Usaha Pendigitalan Perniagaan
Simposium bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Charles Brewer Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysi berkata, “Pos Digicert sedang memodenkan operasi merentasi sektor swasta dan kerajaan dengan menawarkan sijil digital yang selamat, penyelesaian eKYC, dan platform tandatangan digital.
“Penyelesaian digital menyeluruh kami bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi, tetapi juga mempercepatkan usaha pendigitalan perniagaan untuk memastikan masa depan operasi digital selamat.
“Kami sepenuhnya selaras dengan visi Malaysia untuk menjadi ekonomi berasaskan digital. Komitmen kami bukan sekadar untuk memenuhi syarat; ia didorong oleh semangat yang mendalam untuk membina kepercayaan yang menghubungkan kehidupan dan perniagaan untuk masa depan yang lebih baik.
“Dengan memupuk interaksi digital yang selamat, kami menyasarkan untuk mewujudkan persekitaran di mana perniagaan dapat berinovasi dan berkembang maju.
“Dedikasi kami untuk memperkasakan perniagaan membolehkan mereka untuk mengharungi cabaran dalam landskap perniagaan yang terus berubah, memastikan mereka bukan sahaja bertahan tetapi juga berjaya dalam dunia digital yang saling berhubungan,” tambahnya.
Pos Digicert & eCredentia
Acara ini juga menandakan pelancaran produk digital terbaharu Pos Digicert, eCredentia, yang memperkukuhkan lagi komitmen syarikat dalam memajukan penyelesaian digital yang selamat.
eCredentia membolehkan individu dan institusi mengesahkan kelayakan akademik dan profesional dengan selamat, memperteguh kepercayaan dan ketelusan dalam pendidikan dan pekerjaan.
Digital Transformation Excellence Award.
Sebagai sebahagian daripada acara ini, lapan organisasi diiktiraf atas pencapaian cemerlang mereka dalam merangkul transformasi digital dan menerima ‘Digital Transformation Excellence Award’ yang berprestij.
Anugerah ini mengiktiraf sumbangan penting mereka dalam memajukan agenda transformasi digital Malaysia. Selepas sesi ucapan utama, para hadirin berpeluang untuk menyertai salah satu daripada tiga trek khusus, di mana setiap satu memberi fokus kepada aspek transformasi digital tertentu termasuk keselamatan identiti, penyelesaian tandatangan digital, dan transformasi digital.
Trek yang ditawarkan adalah termasuk:
Trek 1: Keselamatan Identiti
- ‘Harnessing eCredentia for Secure Digital Credentials’ oleh Ts. Mohd Saiful Abdul Wahad, Ketua Teknologi & Penyelesaian di Pos Digicert Sdn. Bhd.
- ‘Enhancing Efficiency and Security: Implementing Document Management and Digital Signing Solutions in Higher Education’ oleh Dr Abdullah Fairuzullah bin Ahmad Tajuddin, Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Data dan Analitik, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
- ‘Mitigating Cybersecurity and Technology Risks in Credit Rating: Bank Muamalat’s eKYC Integration Experience’ oleh Ts. Dr. Ismamuradi Abdul Kadir, Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat di Bank Muamalat Malaysia Berhad
Trek 2: Penyelesaian Tandatangan Digital
- ‘SigniFlow-Digital Signing and Workflow’ oleh David Saunders, Pengarah Serantau SigniFlow
- ‘Public Key Infrastructure (PKI) for Smart City’ oleh Carter Tan, Peneraju Teknikal Global di Nexus Group
- ‘Transforming Operations with Digital Signatures at Universiti Malaya’ oleh Profesor Ts. Dr. Nor Badrul Anuar Juma’at, Ketua Pegawai Digital, Universiti Malaya
Trek 3: Transformasi Digital
- ‘Securing MyInvois with Digital Signatures’ oleh Mohamad Rozainy Bin Mohamad Arif, Eksekutif Kanan Hasil 1, Jabatan Operasi Cukai, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
- ‘Digitalisation of Public Sector Identity in Sabah’ oleh Ts. Edi Abdul Majid, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan Siber, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah
- ‘Software Testing, Verification & Validation’ oleh Jerry Mak Weng Kong, Perunding QA, Pos Digicert Sdn. Bhd.
Simposium Digital Trust 2024 mencatat pencapaian penting dalam mempromosikan transformasi digital dan kepercayaan.
Para hadirin mendapat maklumat penting dalam sesi-sesi ucaptama dan trek khusus, serta meneroka penyelesaian inovatif seperti eCredentia, dan membina peluang jaringan yang bernilai di antara pemimpin industri, pegawai kerajaan, dan pakar teknologi.
Semuanya sambil memperkukuhkan komitmen Malaysia ke arah masa depan transformasi digital yang selamat dan efisien.
Siti Murni is a Sponsored Content Writer for BuzzKini. Well, hello to you too! :)