fbpx
Now Reading
Cubaan Seludup Pati Warga Myanmar Guna Mercedes Harga Lebih RM500,000 Ditumpaskan PGA

Cubaan Seludup Pati Warga Myanmar Guna Mercedes Harga Lebih RM500,000 Ditumpaskan PGA

Menurut Komander Briged Tenggara, suspek seorang penduduk tempatan berusia 58 tahun yang ditahan dipercayai menjadi tekong untuk menyeludup masuk 15 Pati itu ke negara ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, Malaysia merupakan antara negara yang menjadi lokasi pilihan warga Indonesia, Nepal, Myanmar dan Bangladesh untuk bekerja.

Peluang pekerjaan yang lebih banyak dan gaji lumayan yang ditawarkan di negara ini menyebabkan warga-warga asing ini memilih Malaysia sebagai tempat mencari rezeki.

Pun begitu, sehingga hari ini masih ada segelintir warga asing yang ingin bekerja memasuki negara ini secara haram.

15 Pati diseludup guna Mercedes Benz dan Nissan Grand Livina berjaya ditahan PGA

Seperti baru-baru ini, seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar diseludup dengan menggunakan kereta mewah Mercedes Benz dan Nissan Grand Livina berjaya ditahan di Kampung Kok Keli, Tumpat, Kelantan.

Tangkapan itu dilakukan oleh Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) pada jam 10 malam Isnin lalu (4 November) menerusi Op Taring Wawasan.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, dalam operasi itu, pihaknya telah bertindak menyerbu sebuah rumah selepas menerima maklumat.

“Ketika anggota tiba di lokasi, dua lelaki disyaki tekong melarikan diri namun seorang daripadanya berjaya ditahan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 14 lelaki dan seorang wanita menjadi penumpang dalam Grand Livina dan Mercedes Benz di depan rumah berkenaan.

“Kesemua suspek gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah dan dipercayai warga Myanmar. Kesemua Pati terbabit disyaki diseludup masuk ke Malaysia melalui pangkalan haram,” katanya dipetik Harian Metro.

Lelaki warga tempatan berusia 58 tahun dipercayai jadi tekong bawa Pati

Menurutnya, suspek yang ditahan dan dipercayai menjadi tekong untuk menyeludup masuk 15 Pati itu ke negara ini merupakan warga tempatan berusia 58 tahun.

“Semua suspek ditahan di bawah Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala tekong ditahan di bawah Sek 26J Akta ATIPSOM 2007 dan dibawa ke IPD Tumpat untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Meskipun tidak dijelaskan jenis Mercedes Benz itu, namun pemerhatian kami mendapati ia merupakan model Mercedes CLA 45 AMG Coupe berharga lebih RM500,000.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.