Difitnah Ada Kaitan Dengan GISBH, Dr Maza Saman Pengguna Facebook RM10 Juta
Dakwa Maza, tindakan pengguna Facebook itu memberi gambaran bahawa beliau menyokong atau terlibat dalam aktiviti yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak beberapa bulan lalu, isu membabitkan syarikat atau organisasi GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) hangat diperkatakan oleh orang ramai.
Hal ini kerana pelbagai penemuan dan pendedahan yang dilakukan membabitkan organisasi berkenaan melibatkan amalan serta kepercayaan sesat selain didakwa terlibat dalam aktiviti mengeksploitasi kanak-kanak.
Baca Artikel Berkaitan: Polis Serbu Rumah Amal Milik GISBH, Kanak-Kanak Didakwa Diajar Meliwat & Diliwat
Selain itu, ada pula segelintir pengguna media sosial yang sewenang-wenangnya membuat spekulasi dengan mendakwa beberapa individu ternama serta golongan agamawan mempunyai kaitan denga GISBH.
Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza antara yang menjadi mangsa fitnah kononnya mempunyai kaitan dengan organisasi itu.
Dr Maza saman pengguna Facebook RM10 juta
Susulan itu, Maza telah memfailkan saman terhadap seorang pengguna laman Facebook sebanyak RM10 juta kerana mengaitkannya dengan GISBH.
Memetik Kosmo, Maza selaku plaintif memfailkan saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Oktober lalu dengan menamakan Mohd. Nawawi Abdul Razak, 37, sebagai defendan tunggal.
Dalam pernyataan tuntutan, Maza mendakwa defendan telah menerbitkan empat pernyataan fitnah dalam Facebook atas nama ‘Mohd. Nawawi Abd Razak’ pada 20 September lalu.
Tuduh Maza ahli atau penyokong GISBH dan benarkan perbuatan khurafat
Empat pernyataan fitnah itu antaranya membawa maksud beliau merupakan sebahagian pemimpin atau penyokong Gerakan GISBH, mempunyai hubungan akrab dan membenarkan perbuatan khurafat dilaksanakan kerana mendapat ganjaran daripada syarikat itu.
Dakwa Maza, tindakan pengguna Facebook itu memberi gambaran bahawa beliau menyokong atau terlibat dalam aktiviti yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Sehubungan itu, beliau memohon defendan membayar ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan sebanyak RM10 juta, termasuk ganti rugi am, kos, faedah serta memohon relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Mohon defendan draf permohonan maaf dan terbitkan di akhbar serta media sosial
Maza turut memohon agar defendan membuat draf permohonan maaf kepadanya dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman dan menerbitkannya di akhbar serta Facebook defendan secara bertulis selama 30 hari.
Beliau juga memohon supaya defendan memadam pernyataan-pernyataan terbabit daripada semua laman sesawang dan media sosial termasuk Facebook, Twitter, Blogspot, TikTok dan Instagram di bawah kendalian defendan.
Selain itu, Maza memohon agar Mohd Nawawi sama ada melalui pekerja atau ejennya dihalang daripada mengeluarkan secara langsung atau tidak langsung pernyataan-pernyataan fitnah itu di semua laman sesawang dan semua media sosial berkenaan.
Mahkamah kemudian menetapkan 11 November ini bagi pengurusan kes saman itu.
Sebagai info, Perlis adalah negeri pertama yang mengisytihar GISBH sebagai ajaran sesat. Menurut Maza pada waktu itu, organisasi itu mengandungi unsur sesat khususnya batiniah.
Baca Artikel Berkaitan: Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Isytihar Ajaran GISBH Sebagai Sesat
Baca Artikel Berkaitan: “Ini Bukan Saja Soal Sesat Tetapi Bod*h” – Mufti Perlis Ulas Mengenai Kepercayaan Ahli GISBH [Video]
Baca Artikel Berkaitan: